Wednesday 21 August 2013

Polis tembak Geng 04 tak ikut prosedur

Dato Abd Rahim b Hj Hanafi, 
Ketua Polis Pulau Pinang turut turun padang membuat operasi Ops Cantas.


Kes Geng 04

Kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari di negara ini dikaitkan dengan spekulasi berlakunya pergeseran antara kumpulan kongsi gelap.

Pada 8 Ogos lalu, seorang peniaga skrap K. Veerappan, 37, ditembak mati ketika dia memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson.

Seorang pemandu motosikal bersama pemboncengnya melepaskan 14 das tembakan , dengan 10 das mengenai leher, pipi dan abdomen Veerappan.

Terdahulu pada hari yang sama, seorang penembak melepaskan enam das tembakan di rumah banglo milik seorang peniaga di Jalan Utama.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut dan ia dipercayai hanyalah satu cubaan kumpulan kongsi gelap memberi amaran kepada peniaga tersebut.

Pada 9 Ogos pula, kes kejadian tembakan ketiga berlaku di Jalan Datuk Keramat, menyebabkan seorang pengawal cedera di bahagian peha.

Seorang penembak melepaskan enam das tembakan namun hanya satu yang mengenai mangsa.

Kejadian tersebut dipercayai melibatkan ketua kumpulan geng kongsi gelap Si Lian yang turut dikenali dengan geng 04.

Komen Orang Malaysia


Kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari di negara... ramai orang takut, ramai orang desak polis, pembangkan lagi la hentam polis dan kerajaan.


Polis Bertindak 

GEORGETOWN: Lima lelaki yang disyaki ahli kongsi gelap 04 dan terbabit dengan beberapa kes bunuh dan tembak di negeri ini maut apabila berbalas tembakan dengan polis di dalam sebuah pangsapuri di Century Bay, Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi apabla sepasukan pegawai dan anggota polis bertindak melakukan serbuan di rumah berkenaan hasil intipan dan maklumat awam yang diterima.

Kelima-lima suspek dipercayai berusia pada awal 20 an, turut dipercayai terlibat dengan beberapa kes tembakan yang berlaku di negeri itu.

Difahamkan pihak polis telah memantau aktiviti kumpulan tersebut sebelum menyerbu lokasi persembunyian mereka di tingkat 11 pangsapuri berkenaan pada awal pagi Isnin.

Polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Bila Polis Bertindak... 
dikatakan zalim dan tak ikut SOP pula


Baca lanjut di : http://peraktoday.com/


Baca lanjut di : http://www.pisau.net/


Anggota patuh SOP

Georgetown: Polis menafikan dakwaan dilemparkan keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, dekat sini kelmarin bahawa anggotanya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi berkenaan.

Mengenai dakwaan polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis." Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang,


Maut balas tembakan

“Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013, di sini semalam.

Awal pagi kelmarin, sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Mengenai desakan keluarga suspek yang mahu melakukan bedah siasat kali kedua serta inkues kejadian berkenaan, Abdul Rahim berkata, polis mereka boleh membuat permohonan untuk tujuan berkenaan.

Beliau turut menafikan khabar angin bahawa saki baki anggota geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin membalas dendam kematian rakan mereka, namun menegaskan polis tidak akan membiarkan begitu saja jika benar ada ancaman sedemikian.

Sementara itu di Banting, Selangor, dinding belakang bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat diconteng dengan semburan cat merah membentuk nombor '04', awal pagi semalam sebelum disedari orang ramai kira-kira jam 7 pagi dan dimaklumkan kepada kepada petugas IPD berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, ketika dihubungi, bagaimanapun menafikan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kematian lima anggota kumpulan kongsi gelap yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong, sebaliknya menyifatkan ia sekadar perbuatan vandalisme.

“Semburan cat nombor 04 juga kelihatan di beberapa kawasan lain di Kuala Langat seperti pekan Banting sebelum ini. Apa pun, kita sedang menyiasat dalangnya dan berharap orang ramai menyalurkan maklumat jika tahu mana-mana individu yang melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolistembakGeng04ikutprosedur/Article/



Santai Kias
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sepatutnya...











Sunday 11 August 2013

Surau Resort Sedili dijadikan Kuil?

Akhbar KOSMO melaporkan bahawa Surau Resort Sedili telah dicemari oleh penganut Buddha yang menjadikan Surau sebagai tempat mereka menjalankan upacara agama mereka.


Surau Resort Sedili dijadikan tokong buddha

Upacara agama Buddha dilakukan dalam Surau Resort Tg.Sedili

dewa tokong Buddha di mimbar Surau Resort Tg.Sedili


Petikan Akhbar:
Surau resort Sedili dicemari

KOTA TINGGI - Penduduk perkampungan nelayan Sedeli Besar di sini gempar apabila bangunan surau yang didirikan dalam sebuah pusat peranginan di sini dicemari dengan upacara sembahyang agama lain.

Upacara yang dilakukan oleh sekumpulan individu dipercayai penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung pusat peranginan itu, Ahmad Tarmizi Adnan yang singgah untuk menunaikan solat asar di surau itu kelmarin.

Ahmad Tarmizi, 45, mendakwa terdengar suara orang seperti berzikir dalam bahasa asing selain bunyi loceng dari dalam surau.

"Apabila ditinjau, saya nampak sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian serba putih membuat upacara sembahyang diketuai seorang sami," katanya.

Peniaga dari Kuala Lumpur itu sempat merakamkan aktiviti itu dengan telefon bimbit sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

Seorang penduduk kampung, Mohamad Talib, 54, pula mendakwa, kumpulan itu datang ke surau berkenaan setiap hujung minggu untuk mengadakan upacara sembahyang selama beberapa jam sejak sebulan lalu.

"Kami pada mulanya menyangka mereka pelancong," katanya.

Dia kesal kerana pemilik pusat peranginan itu seolah-olah tidak memandang berat kejadian berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati persekitaran surau tersebut telah dibersihkan daripada peralatan sembahyang kumpulan berkenaan. - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm


Video: 
Surau Sedeli dijadikan Tokong




Bila perkara ni berlaku, Nak Salahkan Siapa?

Nak salahkan Resort Tanjung Sutera Sedili?
Resort Tanjung Sutera Sedili : Eh, mana aku tahu dia org nak buat tempat upacara agama mereka, kalau aku tahu, aku pun tak bagi ! aku ingat depa nak berehat. Lagi pun PAS juga yang kata, tak salah bagi mereka masuk surau..

Sumber gambar : 


Sumber Gambar:

Sumber gambar :


Nak Salahkan Siapa?
Nak salahkan kaum kafir yang masuk Surau Resort tu ke ?
Kafir yang masuk Surau Resort: Saya dah bayar duit ma... ikut suka saya la, mau puja ka mau main judi ka... lagi pun itu hari Teo Nie Ching dan William Leong boleh masuk kan, itu Tian Chua masuk masjid lagi, itu Xavier berceramah di dalam Masjid lagi maaa.


Nak Salahkan siapa?
Itu lah bila kita memberi tanpa fikir kesan yang mendatang.
Memanglah tak salah kafir masuk surau atau masjid kecuali Masjidil Haram...
Tapi adalah lebih baik jika kita melarang kaum kafir memasuki masjid dan membenarkan mereka masuk.
kerana takut jika kafir masuk masjid ini menjadi kebiasaan bagi mereka, itu lah padahnya....
Apa tak boleh ke kasi kerusi meja di luar surau/masjid untuk kafir dengar ceramah? kan lebih baik...




Monday 5 August 2013

Luluskan Filem The New Village?


Kenapa Tidak Luluskan Filem The New Village? 

1. Filem The New Village menganggap komunis sebagai hero kemerdekaan. Memang benar mereka juga menentang british, tetapi tujuan utama mereka adalah untuk menawan dan memerintah Tanah Melayu dengan fahaman komunis/komunisme yang mempunyai hubungkait dengan Parti Kuomintang dari China pada ketika itu. Kekejaman komunis terhadap Melayu lebih kejam dari Jepun.


2. Komunis kejam. Dalam falsafah komunisme, Mao Tze Tung telah menekankan bahawa political power comes out of the barrel of the gun. Ini bermakna mereka rela dan sanggup untuk mendapat kuasa politik dengan menggunakan kekerasan persenjataan dan kezaliman. Ini adalah sesuatu falsafah yang membahayakan dan itulah yang berlaku selepas mereka berkuasa untuk tempoh singkat iaitu selama dua minggu sebelum British datang semula ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Dunia Kedua. Sebelum darurat diisytiharkan mereka sanggup merosakkan ekonomi, membunuh orang awam, menyerang polis dan sebagainya. Mereka sanggup memberontak dan melakukan tindakan di luar bidang yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

3. Filem The New Village menceritakan tentang kezaliman tentera british. Siapa tentera british yang dimaksudkannya itu? Tak lain tak bukan adalah REJIMEN ASKAR MELAYU.  Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce. Pada 1 Januari 1935, Askar Melayu ditukarkan menjadi REJIMEN ASKAR MELAYU.

Cuba anda lihat, gambar dibawah (dari Filem The New Village )

Kredit Gambar: muzammilarif.blogspot.com

Anda boleh baca di blog tersebut tentang Askar Melayu dalam Filem The New Village.

Amat biadap! itulah masej hasutan yang tersembunyi yang ingin disampaikan kepada masyarakat cina di Malaysia bahawa Askar melayu zalim, dan wajib tentang polis dan anggota keselamatan. 

Penjelasan dari bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said:

Mengenai filem yang dimaksudkan iaitu The New Village, ia menampakkan bahawa pasukan keselamatan seolah-olah begitu kejam dan zalim tetapi itu adalah arahan pihak penjajah Britain untuk mengasingkan orang Cina dan Melayu. Orang Cina ketika itu terpaksa keluar dari bandar dan menjadi squatters semasa zaman Jepun. Tetapi bila komunis mula menjalankan pemberontakan mereka mula menjadi sumber dan pemberi maklumat selain memberi sokongan kepada pasukan komunis. Jadi strategi ketika itu betul untuk kita asingkan kemudian kumpulkan supaya nyawa mereka boleh dipertahankan dan pada masa sama melindungi mereka di sebuah perkampungan baru. Strategi ini (menempatkan cina di perkampungan baru) dilihat berjaya menghalang pihak komunis daripada menggunakan mereka untuk menjadi sumber risikan selain direkrut sebagai anggota komunis serta menjadi sumber kewangan mereka. Saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan pihak ini menerbit sebuah filem dan tujuan serta faedah mereka perlu diperjelaskan kerana ia mampu menimbulkan perasaan tidak senang terutama dalam kalangan anggota tentera yang telah banyak berkorban.


filem itu menggambarkan bahawa squatters yang kebanyakannya kaum cina menggambarkan mereka kebanyakannya ditindas, dipaksa dizalimi dan subjek kepada kekerasan oleh anggota keselamatan. Pada pandangan saya mungkin, ketidakadilannya ialah mereka tidak memberikan gambaran sebenar tentang kenapa mereka ‘dipaksa’. Mengikut sejarah, mereka pada masa itu terpaksa lari dari bandar ke tepi hutan atas sebab keselamatan dan menjadi squatters di hutan-hutan. Apabila Jepun kalah dan komunis cuba merekrut mereka sebagai sumber kepentingan diri, maknanya mereka dalam bahaya dan pada masa sama mereka terdedah tentang pengaruh komunis. Pada masa itulah pengasingan terpaksa dilakukan untuk mengasingkan mereka daripada gerila. Pengasingan yang dilakukan memaksa pihak berkuasa untuk bertindak tegas. Perkara ini yang dieksploitasi dan disalahguna dan penyampaian ini adalah gambaran yang tidak tepat dan salah. Walau apa pun agenda pihak-pihak ini perkara yang benar harus diperjelaskan dan diberi gambaran sebenar bukannya membuat sesuatu untuk memutar beli sejarah.

Seharusnya mereka patut mempertimbangkan seandainya kita berada di bawah penguasaan komunis satu ketika dahulu sudah tentu keadaan ekonomi kita tidak akan seperti sekarang. Sistem ekonomi kita lebih terbuka dan maju. Kestabilan negara juga tidak akan dicapai seperti sekarang. Saya berpandangan mereka patut rasa terhutang budi kerana kesenangan hidup yang mereka kecapi sekarang. Mereka ini sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak keselamatan yang telah berjaya mengekang komunis dan sumber-sumber mereka. Jika kita lihat di China satu ketika dahulu dan Korea Utara, mereka ditindas walaupun diperintah oleh komunis. Rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan melarat dan andai kata kita diperintah oleh komunis dahulu keadaan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia. Memandangkan kita berjaya mengekang komunis kita patut bersyukur dengan kejayaan dan pen capaian yang diperoleh. Alhamdulillah apa yang wujud di Malaysia ini adalah hasil pengorbanan pihak tentera yang selama ini berjuang dan sanggup berkorban demi kesejahteraan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Berterima kasihlah wahai anak cucu cicit anggota komunis... 
Anda tidak dibunuh !


tetapi Anda di beri tanah yang bernama "The New Village"

Kampung Baru Cina

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130804/re_07/Kenapa-perlu-bela-komunis?


Sunday 4 August 2013

Peguam Maznah tuduh Kerajaan Berniat Jahat


Terkejut, geram, bengang aku dengan peguam 2 orang ni.... 

Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38 mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.

Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi Maznah untuk membela diri.

“Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.

“Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya,” 
Baca: artikal penuh

Aku bukan geram sebab Surendran dan Latheefa mengatakan kerajaan berniat jahat. Tapi aku geram dan marah bila peguam sivil mencampuri urusan Islam (JAKIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek minta agar Jakim membuat sebarang keputusan mengenai video itu.

Dan JAKIM iaitu agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam di negara ini yang berfungsi untuk menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam di Malaysia, untuk memutuskan sama ada ia mencemar kesucian agama atau tidak. Jika JAKIM memutuskan video "1 hari di hari raya" itu telah mencemarkan kesucian agama maka kes akan diserahkan kepada Peguam Negara. 

Peguam Surendran dan Latheefa sepatutnya menjadi peguambela Maznah... BUKAN JADI HAKIM dengan menjatuhkan tuduhan kepada kepada Kerajaan dan JAKIM dengan tuduhan "kerajaan berniat jahat".

Adakah menjadi kesalahan apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof?

Aku amat risau jika isu ini akan menjadi idea iaitu salah satu jalan untuk mempertikai undang-undang syariah disuatu masa kelak dan Institusi Islam di Malaysia akan diserang oleh peguam-peguam sivil (berfahaman pluralisme) dengan isu hak asasi manusia.

Baca: Dr Harussani: Perlakuan membersihkan binatang seperti wuduk adalah dilarang

Ko org berdua (Surendran dan Latheefa) tak tahu hukum Feqah, jangan memandai-mandai dalam urusan Islam!


Kredit gambar : FB Anti-DAP Club