Tuesday 15 October 2013

Jui Meng mau jadi Hakim dan paderi


Alhamdulillah..
Tahniah dan terima kasih kepada peguam-peguam yang mempertahankan kesucian Kalimah Allah.

PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Tetapi kita sebagai umat Islam perlu ingat, 
Puak-puak kafir bersama syaitan yang berjanji akan mengkufurkan manusia kepada Allah tak pernah putus Mereka akan terus berusaha...
dan berusaha...
Baca: Mereka tak putus asa- The Herald Akan Fail Rayuan Kepada Mahkamah Persekutuan Pula

Mereka akan berusaha hingga berjaya 
dan bila 1 mereka menang, bermakna ia adalah peluang untuk mereka menang untuk yang lain.

Mereka yang biadap ni, tanpa perasaan takut dan dengan penuh biadap mereka terus mempertikaikan segala keputusan dengan apa cara sekali pun.

Termasuklah mempergunakan beberapa frasa yang terdapat di dalam Al-Quran.

Kurang ajar ! 
Memang Kurang Ajar! 
Memang Chua Jui Meng Kurang Ajar!



Jui Meng: "Katalah Hai Ahli Kitab marilah (berpegang) kpd 1 kalimat... "
Kepala Otak Hang Jui Meng! 
itu jer yang ko nak pergunakan untuk kepentingan ko? 

Apa pasal tak habiskan ayat 64 dalam Surah Ali Imran tu?

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Ilah selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. -Surah (3) : Ali Imran Ayat 64

Tak pun ko baca jer kesemua Surah 3 tu, biar jelas agama kristian St Paul/Saul ko tu sesat!... palsu!


Jangan cuba-cuba sesatkan akidah orang Islam di Malaysia... JANGAN CUBA MAIN API !




Monday 14 October 2013

Chin Peng Pejuang Seperti Tunku Abdul Rahman


CheguBard : Chin Peng Seorang Pejuang Merdeka Seperti Tunku Abdul Rahman

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Chin Peng perlu disamakan taraf dengan Perdana Menteri Malaysia Pertama,Tunku Abdul Rahman selepas Chin Peng mempunyai persamaan dalam memperjuangkan negara. Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Chin Peng adalah seorang yang memperjuangkan menentang kapitalis.

Kepala Otak Hang lah Bard !

Hang ni pening mabuk pil kuda ke ape Bard?



Jelas!
Komunis ingin memerintah dan menubuh kerajaan seperti mana yang dilakukan oleh british dan jepun. Untuk capai cita-cita, mereka perlu penjajah seperti mana manifesto mereka. Jelas komunis ingin meletakkan negara yang ditakluk di bawah kuasa atau pengaruh parti induk mereka iaitu Parti Komunis China (PKC).

Buktinya, pemimpin PKM, Chin Peng bergegas ke China pada 1961 bagi mendapatkan nasihat dan panduan daripada PKC berikutan kegagalan gerakan gerila PKM di Tanah Melayu, Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu, Teng Hsiao Peng telah mengarahkan supaya revolusi bersenjata PKM bukan sahaja diteruskan tetapi juga diperhebatkan, walaupun hanya tinggal dua atau tiga tenteranya yang masih hidup.

Dari tahun 1960 hingga 1965, Hsiao Peng kerap mengadakan taklimat dengan PKM mengenai perkembangan terkini pergeseran China dan Soviet (Parti Komunis Kesatuan Soviet- PKSU); sekali gus mengisyaratkan supaya PKM mengikut telunjuk China.




Hang sembang kasi orang bimbang, pokok pun boleh tumbang la bard... puiiiiii!

Apa kebodoh peyokong PKR Sungai Acheh, Pemimpin mcm ni pun nak sokong... Puiii!

LAGI ISU CHEGUBARD ANGGAP CHIN PENG TOKOH PEJUANG HEBAT
BACA - rakyatnews.my
BACA - sejarahmelayu