Friday 30 November 2012

Beri kuota haji kepada ahli Umno


"Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.

Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu." (http://www.sinarharian.com.my/politik/beri-kuota-haji-kepada-ahli-umno-1.108621).

huh,,, ramai puak PR marah dengan kenyataan Datuk Jalaluddin Alias...hehehe

AKU SETUJU dengan cadangan  Datuk Jalaluddin Alias!

yer lah, kan selama ini puak-puak PR kata UMNO ni kafir..

sedangkan Kerajaan Pusat bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap orang yang menunaikan fardu haji buat kali pertama. ( Purata kerajaan tanggung subsidi adalah RM5,000 bagi setiap jemaah haji) Rujuk1, Rujuk 2

RM100 juta tu,  termasuklah sewa hotel, kos pengangkutan dan makan minum, tidak termasuk kos perubatan dan kakitangan untuk menyelia jemaah haji.

Jadi biar lah orang UMNO sahaja pergi menunaikan ibadah Haji dengan Tabung Haji,

yang kata UMNO ni kafir , boleh lah pergi dengan syarikat swasta yerrr...

Jangan takut, banyak syarikat swasta yang menggurus untuk mengerjakan ibadah Haji, ada 25 syarikat.
Pakej yang disediakan bermula antara RM16,000 dan RM17,000 malah hingga RM50,000 bergantung kepada hotel penginapan.


Tuesday 27 November 2012

Haramkan Dong Zong


Kerajaan digesa memberi amaran keras terhadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya tidak melemparkan pelbagai tuduhan yang boleh membakar api perkauman.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini dapat dikekalkan. (Sumber).

Aku amat bersetuju dengan desakan 'Pemenang', bukan itu sahaja malahan patut diharamkan persatuan Dong Zong yang rasis ini, iaitu anti Melayu! (sumber1 dan sumber2). Bukan itu sahaja, malahan Dong Zong lebih bersikap 'cauvinis' , pelampau dan cuba memupuk kebencian terhadap kerajaan! (sumber).

Haramkan dan bubarkan Dong Zong yang jelas;
  • bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
  • sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).

Di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa, Dong Zong sepatutnya lebih prosefional, dalam menjayakan sesuatu misi kerajaan yang dapat memberi kebaikan bersama, bukannya asik nak jadi hero bangsa. Janganlah 'cauvinis' sangat dengan hanya mementingkan kaum Cina sahaja tanpa memikirkan agenda nasional yang lebih besar melibatkan semua kaum di Malaysia.

Kita berpijak dibumi Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menjelaskan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Dimana pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat  perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. ( Rujuk : It's Malaysian language, not Melayu).

Demi perpaduan, ahli-ahli akademik Melayu berkorban, istilah Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia.

Sekarang ini, dimanakah pula tanggungjawab Dong Zong kepada negara Malaysia? Adakah Dong Zong berbangga dengan melahirkan warga Malaysia yang tidak tahu bahasanya sendiri?

Semua orang kenal bahawa Tan Sri Lee Lam Thye dan Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim adalah orang cina walaupun fasih berbahasa Malaysia. Jadi apa yang nak takutkan sangat?

Dong Zong patut sedar dan berterima kasih kepada Malaysia, kerana kerajaan Malaysia membenarkan SJK beroperasi di Malaysia walaupun SJK adalah salah satu penghalang perpaduan.

Apa yang negara minta, semua warga dapat menguasai Bahasa Malaysia agar perpaduan dikalangan rakyat dapat dipupuk. Itu pun susah ke Dong Zong? Janganlah tamak!... hakkk puiii!



Sunday 25 November 2012

Dong Zong Tamak

Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil

Dong Zong pada hari ini menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu kerana khuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, (sumber)

Saya telah pun melihat, Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (link)

Tiada unsur seperti mana yang dikatakan oleh Dong Zong. Malah SJK(Tamil) juga akan mendapat manafaat dari aspek kemudahan Infrastruktur.

Persoalan kenapa Dong Zong marah pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).

Jom kita lihat secara kasar apakah Objektif PPPM pada Murid.


 emmmm patut la, sebenarnya aku dah agak dah dengan Dong Zong yang rasis ni...


 Ini lah yang paling dibenci oleh Dong Zong... Bahasa Malaysia ( bukan bahasa Melayu yer..) sebagai bahasa perpaduan. Agaknya Dong Zong tidak suka perpaduan dikalangan rakyat Malaysia. Agaknya Dong Zong mahu biar SJKC sahaja bagus dari aspek kemudahan Infrastruktur... yang lain pergi mampus! Setiap Plan Kerajaan untuk naikkan pendidikan Malaysia... Pasti Dong Zong melenting! pelik!


Dong Zong tiada Identiti Nasional, pelbagai permintaan mereka kearah China! Contoh Dong Zong pernah tuntut ajar sejarah China, dan dikala itu hanya UMNO yang mempertahankan Identiti Nasional (Malaysia). PAS? kucut.. (sumber). Adakah Dong Zong anti semangat 1 Malaysia?



Dong Zong jangan bersifat tamak! (sumber). Kalau Dong Zong tak suka dengan PPPM, Dong Zong boleh minta kecualikan dari PPPM... ada berani?

Dong Zong patut berterima kasih pada kerajaan, atas budi bicara kerajaan persekutuan, SJKC masih ada sehingga kini.... Singapore ape cite?