Politik Malaysia, UMNO, Barisan Nasional, PKR, Parti Keadilan Rakyat, PAS, Parti Islam SeMalaysia, DAP, PR, PRU
Monday, 11 June 2012
DAP tetap berkuasa
Setelah janji-janji DAP dalam manifesto PRU 12 tidak ditepati. Kini lidah yang sama menyata pula bahawa DAP tidak akan rebut jawatan PM! (sinarharian) wow...
DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sinarharian)... wow ! wow ! Mesti Haji Hadi berbulu jerr dengar! (Dia pun nak jadi PM juga!)
Persoalan yang timbul, Adakah PKR akan menegakkan hudud PAS? Sedangkan hudud dan kerajaan Islam bukan manifesto dalam PKR. Kalau PKR tidak akan melaksanakan hudud PAS, bermakna apa beza PKR dengan BN?
Andai kata lah Pakatan Rakyat berpecah! (disebabkan manifesto yang berlainan). Siapa yang akan menerajui Malaysia? mungkin akan ada mulut-mulut langau yang tak berotak akan memberi jawapan " PAS yang akan menerajui".
ok, kalau betul PAS akan menerajui, mampukah PAS mengambil alih dengan jumlah kerusi yang tersedikit dalam PR?
hahahaha
Perjuangan PAS bukan untuk menubuhkan kerajaan Islam mengikut acuan mereka. Tetapi perjuangan PAS adalah untuk menjahanamkan Barisan Nasional dibawah pimpinan UMNO. Kalau benar PAS ingin berkuasa, mengapa PAS menyertai PR dengan menjadi wakil yang minoriti?
PKR adalah berjuang atas dasar DENDAM pada UMNO. Benar, Anwar mampu menjadi PM jika DAP memberi laluan kepada PKR.
TETAPI perlu ingat! Jika DAP keluar dari pakatan, Negara akan jatuh semula ketangan Barisan Nasional. Dan itu adalah 1 senjata DAP untuk menjerat PAS dan PKR yang berada dalam pakatan mereka. Sebab itu lah, semasa Nizar menjadi MB Perak, Nizar seolah-olah menjadi Pak Turut DAP!
Yang pastinya akan iaitu Suqiu, Jiao Zong, dan Dong Zong tersenyum kegembiraan.........
Labels:
Pilihan Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment