Monday 5 August 2013

Luluskan Filem The New Village?

Share on :

Kenapa Tidak Luluskan Filem The New Village? 

1. Filem The New Village menganggap komunis sebagai hero kemerdekaan. Memang benar mereka juga menentang british, tetapi tujuan utama mereka adalah untuk menawan dan memerintah Tanah Melayu dengan fahaman komunis/komunisme yang mempunyai hubungkait dengan Parti Kuomintang dari China pada ketika itu. Kekejaman komunis terhadap Melayu lebih kejam dari Jepun.


2. Komunis kejam. Dalam falsafah komunisme, Mao Tze Tung telah menekankan bahawa political power comes out of the barrel of the gun. Ini bermakna mereka rela dan sanggup untuk mendapat kuasa politik dengan menggunakan kekerasan persenjataan dan kezaliman. Ini adalah sesuatu falsafah yang membahayakan dan itulah yang berlaku selepas mereka berkuasa untuk tempoh singkat iaitu selama dua minggu sebelum British datang semula ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Dunia Kedua. Sebelum darurat diisytiharkan mereka sanggup merosakkan ekonomi, membunuh orang awam, menyerang polis dan sebagainya. Mereka sanggup memberontak dan melakukan tindakan di luar bidang yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

3. Filem The New Village menceritakan tentang kezaliman tentera british. Siapa tentera british yang dimaksudkannya itu? Tak lain tak bukan adalah REJIMEN ASKAR MELAYU.  Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce. Pada 1 Januari 1935, Askar Melayu ditukarkan menjadi REJIMEN ASKAR MELAYU.

Cuba anda lihat, gambar dibawah (dari Filem The New Village )

Kredit Gambar: muzammilarif.blogspot.com

Anda boleh baca di blog tersebut tentang Askar Melayu dalam Filem The New Village.

Amat biadap! itulah masej hasutan yang tersembunyi yang ingin disampaikan kepada masyarakat cina di Malaysia bahawa Askar melayu zalim, dan wajib tentang polis dan anggota keselamatan. 

Penjelasan dari bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said:

Mengenai filem yang dimaksudkan iaitu The New Village, ia menampakkan bahawa pasukan keselamatan seolah-olah begitu kejam dan zalim tetapi itu adalah arahan pihak penjajah Britain untuk mengasingkan orang Cina dan Melayu. Orang Cina ketika itu terpaksa keluar dari bandar dan menjadi squatters semasa zaman Jepun. Tetapi bila komunis mula menjalankan pemberontakan mereka mula menjadi sumber dan pemberi maklumat selain memberi sokongan kepada pasukan komunis. Jadi strategi ketika itu betul untuk kita asingkan kemudian kumpulkan supaya nyawa mereka boleh dipertahankan dan pada masa sama melindungi mereka di sebuah perkampungan baru. Strategi ini (menempatkan cina di perkampungan baru) dilihat berjaya menghalang pihak komunis daripada menggunakan mereka untuk menjadi sumber risikan selain direkrut sebagai anggota komunis serta menjadi sumber kewangan mereka. Saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan pihak ini menerbit sebuah filem dan tujuan serta faedah mereka perlu diperjelaskan kerana ia mampu menimbulkan perasaan tidak senang terutama dalam kalangan anggota tentera yang telah banyak berkorban.


filem itu menggambarkan bahawa squatters yang kebanyakannya kaum cina menggambarkan mereka kebanyakannya ditindas, dipaksa dizalimi dan subjek kepada kekerasan oleh anggota keselamatan. Pada pandangan saya mungkin, ketidakadilannya ialah mereka tidak memberikan gambaran sebenar tentang kenapa mereka ‘dipaksa’. Mengikut sejarah, mereka pada masa itu terpaksa lari dari bandar ke tepi hutan atas sebab keselamatan dan menjadi squatters di hutan-hutan. Apabila Jepun kalah dan komunis cuba merekrut mereka sebagai sumber kepentingan diri, maknanya mereka dalam bahaya dan pada masa sama mereka terdedah tentang pengaruh komunis. Pada masa itulah pengasingan terpaksa dilakukan untuk mengasingkan mereka daripada gerila. Pengasingan yang dilakukan memaksa pihak berkuasa untuk bertindak tegas. Perkara ini yang dieksploitasi dan disalahguna dan penyampaian ini adalah gambaran yang tidak tepat dan salah. Walau apa pun agenda pihak-pihak ini perkara yang benar harus diperjelaskan dan diberi gambaran sebenar bukannya membuat sesuatu untuk memutar beli sejarah.

Seharusnya mereka patut mempertimbangkan seandainya kita berada di bawah penguasaan komunis satu ketika dahulu sudah tentu keadaan ekonomi kita tidak akan seperti sekarang. Sistem ekonomi kita lebih terbuka dan maju. Kestabilan negara juga tidak akan dicapai seperti sekarang. Saya berpandangan mereka patut rasa terhutang budi kerana kesenangan hidup yang mereka kecapi sekarang. Mereka ini sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak keselamatan yang telah berjaya mengekang komunis dan sumber-sumber mereka. Jika kita lihat di China satu ketika dahulu dan Korea Utara, mereka ditindas walaupun diperintah oleh komunis. Rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan melarat dan andai kata kita diperintah oleh komunis dahulu keadaan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia. Memandangkan kita berjaya mengekang komunis kita patut bersyukur dengan kejayaan dan pen capaian yang diperoleh. Alhamdulillah apa yang wujud di Malaysia ini adalah hasil pengorbanan pihak tentera yang selama ini berjuang dan sanggup berkorban demi kesejahteraan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Berterima kasihlah wahai anak cucu cicit anggota komunis... 
Anda tidak dibunuh !


tetapi Anda di beri tanah yang bernama "The New Village"

Kampung Baru Cina

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130804/re_07/Kenapa-perlu-bela-komunis?


No comments:

Post a Comment