Saturday 30 June 2012

Tanah Pulau Pinang Hak Milik Singapura

Share on :
PULAU PINANG 27 Jun - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi tempoh dua hari untuk memberi penjelasan berhubung penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Burmah, di sini yang sebelum ini dicadangkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua.

Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menyerahkan surat kepada Guan Eng yang mahu Setiausaha Agung DAP itu menyatakan nama pembeli, harga dan maklumat syarikat-syarikat lain yang mengemukakan tender untuk membeli tanah tersebut.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkannya berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.

"Kami dengar ada pihak dari Singapura telah membeli tanah tersebut, adakah cerita ini benar?

"Kami bersedia untuk mengembalikan tanah tersebut kepada rakyat dengan membina 272 rumah bagi golongan miskin," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyerahkan surat berkenaan kepada wakil dari Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Tong Keong menambah, sebagai Ketua Menteri yang bertanggungjawab, Guan Eng sepatutnya menjawab surat itu dalam tempoh ditetapkan.

Ia kerana jelasnya, perkara tersebut melibatkan hak rakyat.

Pemuda BN negeri baru-baru ini mendedahkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah yang sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta.

Tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah dikatakan akan dibangunkan sebagai hospital swasta.

Ia sepatutnya dibangunkan untuk dibina 272 buah rumah kos rendah bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan lokasinya yang terletak di pusat bandar, dipercayai nilai hartanah itu boleh mencecah RM30 juta.


No comments:

Post a Comment