Saturday 30 June 2012

Tanah Pulau Pinang Hak Milik Singapura

PULAU PINANG 27 Jun - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi tempoh dua hari untuk memberi penjelasan berhubung penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Burmah, di sini yang sebelum ini dicadangkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua.

Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menyerahkan surat kepada Guan Eng yang mahu Setiausaha Agung DAP itu menyatakan nama pembeli, harga dan maklumat syarikat-syarikat lain yang mengemukakan tender untuk membeli tanah tersebut.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkannya berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.

"Kami dengar ada pihak dari Singapura telah membeli tanah tersebut, adakah cerita ini benar?

"Kami bersedia untuk mengembalikan tanah tersebut kepada rakyat dengan membina 272 rumah bagi golongan miskin," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyerahkan surat berkenaan kepada wakil dari Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Tong Keong menambah, sebagai Ketua Menteri yang bertanggungjawab, Guan Eng sepatutnya menjawab surat itu dalam tempoh ditetapkan.

Ia kerana jelasnya, perkara tersebut melibatkan hak rakyat.

Pemuda BN negeri baru-baru ini mendedahkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah yang sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta.

Tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah dikatakan akan dibangunkan sebagai hospital swasta.

Ia sepatutnya dibangunkan untuk dibina 272 buah rumah kos rendah bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan lokasinya yang terletak di pusat bandar, dipercayai nilai hartanah itu boleh mencecah RM30 juta.


Thursday 28 June 2012

Orang Melayu perlu beri UMNO sokongan


KUALA LUMPUR 25 Jun - Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong.

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

"Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja? Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

"Mahu tidak mahu, suka tidak suka kita perlu memberi sokongan kepada UMNO kerana sehingga hari ini parti tersebut berjaya menjalankan tugas memelihara Islam, Melayu dan raja-raja dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah mengenai isu semasa pada kursus kepimpinan Perkasa di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, tidak dinafikan UMNO berhadapan dengan masalah dalaman serta mempunyai kelemahan tertentu, tetapi peranannya melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan Islam, Melayu dan raja-raja tidak boleh dinafikan.

"Bagi Perkasa sendiri kita akan terus membantu UMNO untuk berjuang memelihara Islam, Melayu dan raja-raja. Kita akan menjadi pelengkap peranan yang telah dilakukan oleh UMNO," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pilihan raya umum nanti merupakan pilihan raya yang begitu kritikal kepada orang Melayu.

"Kita perlu akui pilihan raya umum akan datang bakal menentukan jatuh bangunnya nasib orang Melayu. Apa yang saya bimbangkan juga adalah mengenai nasib dan masa depan Islam yang tercinta serta institusi raja-raja," katanya lagi.

utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Monday 25 June 2012

PR berjuang atas kepentingan peribadi



Itu lah ahli PKR, majoritinya adalah puak-puak yang tak puas hati terhadap Kerajaan Malaysia.
Anwar geram kat Kerajaan lalu tubuhkan PKR.
Yang si Khalid Ibrahim marah kat agensi kerajaan pun masuk PKR. itu lah puak-puak PKR,,,,
kalau tanya parti mana yang disokong pada mat-mat rempit, penagih dadah, mana-mana  penjenayah akan jawab PKR atau PAS. sebab apa? sebab bencikan polis... kepala otak lah!
Tak caya? pi la tanya...

Saturday 16 June 2012

Puak PR Meroyan Sebab Parti Komunis China

14 Jun 2012, Akhbar Sinar Harian melaporkan delegasi Parti Komunis China (CPC) tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dan meminjamkan sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya.

Ketibaan setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.
  
jenggg.. jenggg.. jengggg...

Habis! meroyan puak-puak penyokong PR di laman komen Sinar Harian melalui fecebook.


Hahaha... Kepala Otak Hang lah!

Itu lah, Orang suruh belajar, sibuk nak berpolitik... tapi ilmu, pengetahuan am tak ada. Main cakapppp jer!

Pandangan Saudara Mohd Shahmazan lebih matang, beliau menyatakan bahawa "dalam Islam kita menjalankan persahabatan dengan bukan orang Islam adalah digalakkan. Sedangkan zaman rasulullah dan zaman pemerintahan islam dahulu pernah menjalinkan hubungn baik dengan negara bukan Islam. Jangaan lupa Negara Cina adalah negara yang besar boleh dikatakan negara yang kuat. Menjalinkan hubungan untuk kepentingn ekonomi, pendidikan. Bukan kita mengambil ideologi komunis mereka kita amalkan"


UMNO Benci Komunis?

YA! UMNO benci komunis yang pernah membunuh anggota polis di Bukit Kepong!
YA! UMNO benci komunis bawah pimpinan chin peng!
YA! UMNO benci bekas ahli komunis (bergerak melalui kongsi gelap)  yang membunuh melayu-melayu semasa tragedi 13 Mei 1969.

Tapi.. UMNO bukan benci negara komunis iaitu China!
UMNO tak pernah benci negara komunis seperti China, Cuba, Korea Utara, Laos, dan Vietnam .
Adakah disebabkan seorang makhluk yang bernama chin peng kita perlu benci  semua negara-negara komunis? Kembangkan la sikit minda tu...

Adakah disebabkan chin peng kita perlu bunuh warga-warga Vetnam yang bekerja dinegara kita? Sedangkan Negara kita pernah memberi pengampunan kepada ribuan ahli komunis di Tanah Melayu, dan kini mereka sedang hidup dengan senang dan berjiran dengan kita.

Puak-puak PR kena belajar sosial politik di China,
Puak-puak PR kena belajar tentang sejarah tamadun dunia.
Puak-puak PR kena belajar tentang sejarah perang dunia.
Puak-puak PR kena belajar apakah Ideologi Komunis.

Barulah dapat membezakan antara chin peng dengan komunis.

Negara kita telah merdeka... jadi jangan lah biarkan otak anda disempitkan!


??? yang puak DAP dan PAS dok sibuk-sibuk nak membela chin peng tu kenape pula?
Kepala otak hang lah!

Wednesday 13 June 2012

Apa Gunanya Malaysia Merdeka Jika Diperintah Bukan Melayu


Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Dr. M. Kayveas ini. Memang benarlah apa detik kata hati saya selama ini, bahawa Malaysia akan dijadikan seperti Singapura. Iaitu kerajaan Chinese.
Ini bermakna perkataan merdeka tiada makna lagi buat bangsa Melayu. Apa bezanya tanah air dijajah oleh Jepun atau Inggeris dengan cina? Apa Gunanya Malaysia Merdeka Jika Diperintah Bukan Melayu?

Cilaka Punya DAP!

Monday 11 June 2012

DAP tetap berkuasa



Setelah janji-janji DAP dalam manifesto PRU 12 tidak ditepati. Kini lidah yang sama menyata pula bahawa DAP tidak akan rebut jawatan PM! (sinarharian) wow...

DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sinarharian)... wow ! wow ! Mesti Haji Hadi berbulu jerr dengar! (Dia pun nak jadi PM juga!)



Persoalan yang timbul,  Adakah PKR akan  menegakkan hudud PAS? Sedangkan hudud dan kerajaan Islam bukan manifesto dalam PKR.  Kalau PKR tidak akan melaksanakan hudud PAS, bermakna apa beza PKR dengan BN?

 
Andai kata lah Pakatan Rakyat berpecah! (disebabkan manifesto yang berlainan). Siapa yang akan menerajui Malaysia? mungkin akan ada mulut-mulut langau yang tak berotak akan memberi jawapan " PAS yang akan menerajui".

ok, kalau betul PAS akan menerajui, mampukah PAS mengambil alih dengan jumlah kerusi yang tersedikit dalam PR?


hahahaha

Perjuangan PAS bukan untuk menubuhkan kerajaan Islam mengikut acuan mereka. Tetapi perjuangan PAS adalah untuk menjahanamkan Barisan Nasional dibawah pimpinan UMNO. Kalau benar PAS ingin berkuasa, mengapa PAS menyertai PR dengan menjadi wakil yang minoriti?

PKR adalah berjuang atas dasar DENDAM pada UMNO. Benar, Anwar mampu menjadi PM jika DAP memberi laluan kepada PKR.

TETAPI perlu ingat! Jika DAP keluar dari pakatan, Negara akan jatuh semula ketangan Barisan Nasional. Dan itu adalah 1 senjata DAP untuk menjerat PAS dan PKR yang berada dalam pakatan mereka. Sebab itu lah, semasa Nizar menjadi MB Perak, Nizar seolah-olah menjadi Pak Turut DAP!

Yang pastinya akan iaitu Suqiu, Jiao Zong, dan Dong Zong tersenyum kegembiraan.........

Wednesday 6 June 2012

Parti politik bentang manifesto 2012 di RTM



Berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka, parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. (6 Jun 2012 sinarharian.com.my/nasional/rais-kerajaan-benar-manifesto-parti-parti-politik-disiar-di-rtm-1.54266)

Tak kisah lah, apa pun manifesto yang akan disampaikan, kerana bercakap memang senang. semuanya akan kedengaran indah belaka.

Tapi yang sebagai rakyat perlu nilai, sejauh manakah kemampuan mereka untuk menunaikan janji-janji yang dilafaskan?

Ada orang kata, "mana tau, kita cuba dulu... kalau tak ok kita kalis balik.."
emmm kepala otak hang! 
Tak payah dok perjudi nasib.
Tuhan bagi otak, guna...!
cuba kita nilai balik apa yang dijanjikan pada pilihan raya 2008. Adakah ditunaikan?

Kalau yang dulu pun tak ditunaikan... Pembohong, semua tin kosong!

Jom kita tengok apa yang dijanjikan oleh parti-parti PR jika mereka dapat menawan sesebuah negeri.


Manifesto PKR


Antara janji-janji manis PKR yang terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif dibawah skop Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah ;

*Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
*Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
*Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
*Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
*penyediaan rumah mampu milik kepada golongan muda.

Manakala dalam aspek Urustadbir Berwibawa pula ;

*Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah.
*Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
*Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
*Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
*Menghentikan campur tangan politik dana perniagaan
*Melarang ahli-ahli EXCO terlibat dalam perniagaan.

Kesimpulan... semua penipu!
1 pun tak ditunaikan.


Manifesto PAS

  • bantuan bulanan RM100 untuk warga emas
  • Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
  • Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).
  • Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
  • Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
  • Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
  • Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.
  • Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.
  • Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.
  • Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
  • Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
  • Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.
PENIPU ! MUNAFIK!
Kata nak bagi bantuan, lagi pow duit rakyat utk bina lebuh raya.


Manifesto DAP

Ni lagi DEWA PENIPU BESAR! SEMBANG BESAR!
  • Menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) 
Mana tol yang kata nak hapus tu? siap penaik kadar air domestik sebanyak 25% ( antara RM 2 – RM 5 sebulan). Bayaran surcharge pula sebanyak 24 sen pada 35 000 liter sebulan.
  • Bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.
Rakyat yang bodoh saja percaya benda ni!
  • Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas
  • Menghapuskan bayaran parkir kereta pada hari Sabtu dan Ahad
Tak Hapus pun, tapi siap lanjutkan tempoh pembayaran parkir setiap hari sehingga 12 malam. Sedangkan era Kerajaan BN di Pulau Pinang, bayaran parkir hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. 

  • DAP Pulau Pinang berjanji untuk menyelamatkan tanah penduduk Kampung Buah Pala 
Anwar Ibrahim berjanji dalam tempoh 2 minggu masalah ini akan diselesaikan tetapi setelah DAP berkuasa Kampung Buah Pala memang dirobohkan sehingga SELESAI.


FIKIR...FIKIR.. FIKIR ....lalalalalala

Monday 4 June 2012

Ustaz Fathul Bari Bukan Ustaz Politik



Aku tak faham, apa masalah penyokong PAS atau PR.
Ustaz Fathul Bari seorang ustaz, apa yang dia katakan adalah berdasarkan Al-Quran dan Sunah.
Beliau bukan nyatakan sesuatu hukum berdasarkan hukum akal.

Tak faham aku kenapa Ustaz Fathul Bari dibenci.. Adakah sebab dia bukan orang Kelantan atau Terangganu.
Adakah Ustaz Fathul Bari tidak disukai oleh sebab dia tak pandai buat lawak dengan hina orang, dengan kata-kata "bodo" "natang berok" dan sebagainya?

Ni adalah komen-komen dari media akhbar, facebook serta blog yang saya maksudkan.








Friday 1 June 2012

Melayu Mudah Lupa Kerana Malas Berfikir



Hadi: PM tetap Melayu Islam jika PR menang

wow,, bunyi menarik.. Melayu Islam mana yang tak nak lihat PM adalah dikalangan kaum yang seagama dengannya. 

 1 Jun 2012 
(http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pm-tetap-melayu-islam-jika-pr-menang-1.52647)

ALOR SETAR - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 

hihihihihi... Itu Datuk Seri yang kata, macam mana dengan DAP?
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini. 

Pilihan raya bukan kira bilangan kaum, tetapi ikut bilangan kerusi yang dimenangi.
  
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

Perlembagaan Malaysia tu betul! tapi serolusi PR tu, leh caya ke...? 
EH! Ape Perlembagaan Malaysia, Islam sebagai agama persekutuan? Aik, Mengaku juga Malaysia ni negara Islam.. emmmm dulu bukan main, kafir mengkafir. hahahahah

Ape Raja berpelembagaan? amboi, Datuk Seri sorang saja kot, yang pegang dengan Raja Berpelembagaan, (Menghormati Sultan). yg pertikai kekayaan Sultan dengan plat www1 tu... leh caya ke? 



"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Tidur ke ?
  
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.

Pernah menyatakan? oooo mcm tu,,, dulu dia kata,... dulu kan awak kata...
APA DULU-DULU? BILA SAYA CAKAP?... LU JANGAN REKA-REKA CITA MA!
  
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.

Aduhai,,,, Tuk Pa... Tuk Pa
  
Lupakah kita dengan sejarah, bagai mana org inggeris menjajah kita, bermula dengan ingin menasihati (penasihat),,, akhirnya, satu demi satu negeri tergadai.

Lupakah kita, bagaimana Iraq dijajah? katanya nak tolong jaga keamanan,,, tapi?

KEPALA OTAK LAH! 

Parti mana yang tidak mahu memerintah negara? kalau tak nak memerintah, ape guna mereka tubuh parti politik untuk bertanding? lebih baik mereka tubuhkan NGO dibawah naungan PAS. Kenape setiap parti ada idologi masing-masing? kenapa mereka habiskan wang untuk bertanding? 
KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Jawapanya.. mereka ingin memerintah negara melalui demokrasi iaitu pilihan raya.

Al-Fatihah, Blogger Pro-Pembangkang Meninggal Dunia


Walaupun kita berada di aliran dan ideologi yang berbeza.. namum sebagai umat islam kita tidak patut mempunyai tembok antara kita apabila ia berkaitan dengan agama islam. Saya meminta jasa baik pembaca untuk menyedekahkan bacaan surah al-fatihah kepada allahyarham amir.

Sumber dari blogger PR, Sharpshooter menyatakan beliau dimaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saudara Amir telah meninggalkan seorang isteri tersayang dan permata hati anaknya. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah.- MDO