Terkejut, geram, bengang aku dengan peguam 2 orang ni....
Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38 mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas.
Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi Maznah untuk membela diri.
“Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.
“Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa Maznah diberi peluang untuk membela dirinya,”
Baca: artikal penuh
Aku bukan geram sebab Surendran dan Latheefa mengatakan kerajaan berniat jahat. Tapi aku geram dan marah bila peguam sivil mencampuri urusan Islam (JAKIM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek minta agar Jakim membuat sebarang keputusan mengenai video itu.
Dan JAKIM iaitu agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam di negara ini yang berfungsi untuk menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam di Malaysia, untuk memutuskan sama ada ia mencemar kesucian agama atau tidak. Jika JAKIM memutuskan video "1 hari di hari raya" itu telah mencemarkan kesucian agama maka kes akan diserahkan kepada Peguam Negara.
Peguam Surendran dan Latheefa sepatutnya menjadi peguambela Maznah... BUKAN JADI HAKIM dengan menjatuhkan tuduhan kepada kepada Kerajaan dan JAKIM dengan tuduhan "kerajaan berniat jahat".
Adakah menjadi kesalahan apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin membimbing dan memulihkan akhlak Maznah Mohd Yusof?
Aku amat risau jika isu ini akan menjadi idea iaitu salah satu jalan untuk mempertikai undang-undang syariah disuatu masa kelak dan Institusi Islam di Malaysia akan diserang oleh peguam-peguam sivil (berfahaman pluralisme) dengan isu hak asasi manusia.
Baca: Dr Harussani: Perlakuan membersihkan binatang seperti wuduk adalah dilarang
Ko org berdua (Surendran dan Latheefa) tak tahu hukum Feqah, jangan memandai-mandai dalam urusan Islam!
Kredit gambar : FB Anti-DAP Club
No comments:
Post a Comment