Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Luluskan Filem The New Village?


Kenapa Tidak Luluskan Filem The New Village? 

1. Filem The New Village menganggap komunis sebagai hero kemerdekaan. Memang benar mereka juga menentang british, tetapi tujuan utama mereka adalah untuk menawan dan memerintah Tanah Melayu dengan fahaman komunis/komunisme yang mempunyai hubungkait dengan Parti Kuomintang dari China pada ketika itu. Kekejaman komunis terhadap Melayu lebih kejam dari Jepun.


2. Komunis kejam. Dalam falsafah komunisme, Mao Tze Tung telah menekankan bahawa political power comes out of the barrel of the gun. Ini bermakna mereka rela dan sanggup untuk mendapat kuasa politik dengan menggunakan kekerasan persenjataan dan kezaliman. Ini adalah sesuatu falsafah yang membahayakan dan itulah yang berlaku selepas mereka berkuasa untuk tempoh singkat iaitu selama dua minggu sebelum British datang semula ke Tanah Melayu selepas tamat Perang Dunia Kedua. Sebelum darurat diisytiharkan mereka sanggup merosakkan ekonomi, membunuh orang awam, menyerang polis dan sebagainya. Mereka sanggup memberontak dan melakukan tindakan di luar bidang yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

3. Filem The New Village menceritakan tentang kezaliman tentera british. Siapa tentera british yang dimaksudkannya itu? Tak lain tak bukan adalah REJIMEN ASKAR MELAYU.  Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce. Pada 1 Januari 1935, Askar Melayu ditukarkan menjadi REJIMEN ASKAR MELAYU.

Cuba anda lihat, gambar dibawah (dari Filem The New Village )

Kredit Gambar: muzammilarif.blogspot.com

Anda boleh baca di blog tersebut tentang Askar Melayu dalam Filem The New Village.

Amat biadap! itulah masej hasutan yang tersembunyi yang ingin disampaikan kepada masyarakat cina di Malaysia bahawa Askar melayu zalim, dan wajib tentang polis dan anggota keselamatan. 

Penjelasan dari bekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said:

Mengenai filem yang dimaksudkan iaitu The New Village, ia menampakkan bahawa pasukan keselamatan seolah-olah begitu kejam dan zalim tetapi itu adalah arahan pihak penjajah Britain untuk mengasingkan orang Cina dan Melayu. Orang Cina ketika itu terpaksa keluar dari bandar dan menjadi squatters semasa zaman Jepun. Tetapi bila komunis mula menjalankan pemberontakan mereka mula menjadi sumber dan pemberi maklumat selain memberi sokongan kepada pasukan komunis. Jadi strategi ketika itu betul untuk kita asingkan kemudian kumpulkan supaya nyawa mereka boleh dipertahankan dan pada masa sama melindungi mereka di sebuah perkampungan baru. Strategi ini (menempatkan cina di perkampungan baru) dilihat berjaya menghalang pihak komunis daripada menggunakan mereka untuk menjadi sumber risikan selain direkrut sebagai anggota komunis serta menjadi sumber kewangan mereka. Saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan pihak ini menerbit sebuah filem dan tujuan serta faedah mereka perlu diperjelaskan kerana ia mampu menimbulkan perasaan tidak senang terutama dalam kalangan anggota tentera yang telah banyak berkorban.


filem itu menggambarkan bahawa squatters yang kebanyakannya kaum cina menggambarkan mereka kebanyakannya ditindas, dipaksa dizalimi dan subjek kepada kekerasan oleh anggota keselamatan. Pada pandangan saya mungkin, ketidakadilannya ialah mereka tidak memberikan gambaran sebenar tentang kenapa mereka ‘dipaksa’. Mengikut sejarah, mereka pada masa itu terpaksa lari dari bandar ke tepi hutan atas sebab keselamatan dan menjadi squatters di hutan-hutan. Apabila Jepun kalah dan komunis cuba merekrut mereka sebagai sumber kepentingan diri, maknanya mereka dalam bahaya dan pada masa sama mereka terdedah tentang pengaruh komunis. Pada masa itulah pengasingan terpaksa dilakukan untuk mengasingkan mereka daripada gerila. Pengasingan yang dilakukan memaksa pihak berkuasa untuk bertindak tegas. Perkara ini yang dieksploitasi dan disalahguna dan penyampaian ini adalah gambaran yang tidak tepat dan salah. Walau apa pun agenda pihak-pihak ini perkara yang benar harus diperjelaskan dan diberi gambaran sebenar bukannya membuat sesuatu untuk memutar beli sejarah.

Seharusnya mereka patut mempertimbangkan seandainya kita berada di bawah penguasaan komunis satu ketika dahulu sudah tentu keadaan ekonomi kita tidak akan seperti sekarang. Sistem ekonomi kita lebih terbuka dan maju. Kestabilan negara juga tidak akan dicapai seperti sekarang. Saya berpandangan mereka patut rasa terhutang budi kerana kesenangan hidup yang mereka kecapi sekarang. Mereka ini sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak keselamatan yang telah berjaya mengekang komunis dan sumber-sumber mereka. Jika kita lihat di China satu ketika dahulu dan Korea Utara, mereka ditindas walaupun diperintah oleh komunis. Rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan melarat dan andai kata kita diperintah oleh komunis dahulu keadaan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia. Memandangkan kita berjaya mengekang komunis kita patut bersyukur dengan kejayaan dan pen capaian yang diperoleh. Alhamdulillah apa yang wujud di Malaysia ini adalah hasil pengorbanan pihak tentera yang selama ini berjuang dan sanggup berkorban demi kesejahteraan negara dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Berterima kasihlah wahai anak cucu cicit anggota komunis... 
Anda tidak dibunuh !


tetapi Anda di beri tanah yang bernama "The New Village"

Kampung Baru Cina

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130804/re_07/Kenapa-perlu-bela-komunis?


Sunday, 12 May 2013

Rasiskah Melayu pertahan hak?



Isyarat yang telah diterjemahkan oleh sebahagian besar kaum Cina semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lepas, cukup jelas. Tanpa mengira latar ideologi politik, latar sosial dan latar ekonomi, mereka seolah-olah memberikan gambaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO telah mengabaikan kebajikan, keperluan dan kehendak mereka selama ini. Ironinya sokongan padu ini berlangsung semasa perpecahan Melayu berada pada tahap kritikal.

Sebahagian kecil kaum Cina masih setia dengan BN walaupun api perkauman ditiup kencang oleh DAP. Sebagian kecil kaum Cina masih utuh dengan asas pembinaan negara ini berlandaskan kontrak sosial sejak merdeka. Sebahagian kecil kaum Cina masih mengenang budi kerajaan. Budi kerajaan yang menyediakan situasi yang kondusif untuk mereka mengumpul kekayaan. Terima kasih.

Selalunya apabila individu Melayu mengungkitkan hal sebegini, dianggap rasis. Percayalah orang Melayu adalah bangsa yang amat bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kami tidak pernah mempersoalkan kenapa dan bagaimana kaum Cina yang menguasai ekonomi. Namun kami akan melenting apabila hak-hak kami yang termaktub di dalam Perlembagaan, dipersoalkan. Rasiskah individu Melayu bila mempertahankan apa yang tidak sepatutnya diusik?

Manifesto DAP yang secara terang-terangan ingin mengubah frasa-frasa tertentu yang sensitif dalam Perlembagaan (sekiranya berkuasa), amat mengguris hati individu Melayu. Sokongan sebahagian besar kaum Cina terhadap DAP, bermaksud menyokong hasrat itu. Itu tambah melukakan hati kami. Keluhan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman adalah manifestasi kedukaan pejuang Melayu yang berkhidmat untuk semua, tanpa mengira kaum dan agama semasa mentadbir negeri.

Garapan ini tidak bermaksud menghangat api polarisasi. Lumrah, apabila satu pihak menghenyak, maka pihak sebelah lagi bangun. Bangun tidak bermaksud menyinsing lengan. Bangun untuk menjaga kehormatan dan maruah. Rasanya tidak salah.

Malangya, kalaupun bangun, Melayu sekarang tempang. Keretakan yang sebenarnya dibina dan dipasak kemas ke dalam minda penyokong. Aduhai bangsaku, di saat kita galak bertelagah, mereka senyum dengan megah. Di kala kita ligat bertikam lidah, mereka bertepuk tak sudah.

Sebagai individu yang cintakan keharmonian dan perpaduan, saya dengan rendah diri merayu dan memohon barisan kepimpinan UMNO dan Pas berdiri dalam saf sama. Cukup-cukuplah kita berbalah. Cukup-cukuplah kita saling bercakaran.

Perjuangan Pas yang ingin memartabatkan Islam sebenarnya selari dengan aspirasi yang sebahagiannya telah dilaksana oleh UMNO. Kalau perlu dibaiki, datanglah baiki dari dalam, bukannya menghentam dari luar. Percayalah memang ada cahaya di hujung terowong bagi harapan ini. Percayalah hasrat Pas mustahil tercapai walau telah cuba berkongsi bantal yang sama dengan DAP. Ingatlah bahawa kita akan ditanya nanti tentang tugas ini di hadapan Allah SWT.

Biarlah PKR bersama DAP yang rakyat umum maklum akan matlamat mereka hampir selari. Saya dapat rasakan UMNO akan sentiasa berlapang dada menerima Pas. Sudah-sudahlah mengenang sejarah lepas. Datanglah wahai sahabat seagama dan sebangsa.


HAFIZI SHAFIIN
Machang, Kelantan

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130508/fo_01/Rasiskah-Melayu-pertahan-hak



Wednesday, 13 February 2013

DAP bela Islam?

 Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim


'Jangan tertipu agenda DAP bela Islam, Melayu'

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan orang Melayu dan umat Islam tidak tertipu dengan pembohongan DAP kononnya mahu menjaga kebajikan kumpulan masyarakat tersebut.

Malah, beliau turut membayangkan agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah DAP yang tidak pernah menghormati sentimen masyarakat itu.

Menurutnya, perkara itu sudah ditunjukkan pemimpin DAP yang sering memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina.

"Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pernah mencetuskan provokasi terhadap usaha orang Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, kemudian Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendesak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Pengerusi DAP, Karpal Singh juga begitu 'biadab' mengarahkan Majlis Ulama Syura Pas mengkaji semula keputusan berhubung kalimah Allah. Mereka membiarkan kita bercakaran antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah semalam yang menyifatkan orang Melayu termasuk pemimpin Pas yang menyokong DAP ibarat 'terjun ke gaung' kerana pendirian DAP yang tidak pernah menjunjung dasar-dasar Islam di negara ini.

Dalam masa sama, Tunku Abdul Aziz hairan dengan sikap pemimpin Pas yang sanggup membiarkan hak orang Melayu dan agama Islam dipertikai pihak lain demi mengejar impian untuk berkuasa.

Menurut beliau, pemimpin Pas sepatutnya sedar pihak luar termasuk segelintir pemimpin cauvinis DAP tidak akan memberikan tempat kepada orang Melayu malah tidak akan membantu kelangsungan golongan itu sekiranya berkuasa kelak.

http://utusan.com.my/utusan/Politik/20130213/po_02/Jangan-tertipu-agenda-DAP-bela-Islam-Melayu


Friday, 18 January 2013

Penyebaran bible dikalangan pelajar Melayu


Sedang umat Islam sibuk bantah penggunaan kalimah Allah dalam bible, ada pula beberapa pendakwah kristian giat menyebarkan bible kepada pelajar Melayu.

Memang cari pasal betul la dia orang ni! (klik lihat gambar sebagai bukti... )

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. (Klik untuk baca seterusnya)

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari kelmarin apabila kelibat dua lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan turun dari sebuah Honda Accord sebelum ke pintu pagar sekolah menantikan masa pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang. Remaja, Mohammad Fazmin Premna Zeer, 20, berkata, dia melihat kejadian itu ketika membantu neneknya membuka gerai makanan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong. (Sumber)


Laporan Polis dibuat.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong.

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. (Klik untuk baca seterusnya).


Henti cetak, edar Bible dalam bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan pencetakan kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah belahkan umat Islam.

Wakilnya, Aminuddin Yahaya yang merupakan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia berkata, isu tersebut tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu.

"Larangan itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang berlaku sekarang kerana usaha mencetak dan mengimport kitab Bible tidak disekat.

"Ibarat lalat yang datang kerana adanya bangkai. Buang bangkai hilanglah lalat tersebut. Jadi pihak kami percaya jika langkah sedemikian diambil, isu salah guna kalimah Allah tidak timbul," katanya selepas membuat laporan berhubung isu kalimah Allah dibuat di Balai Polis Travers di sini hari ini. (Sumber)




Thursday, 25 October 2012

Pembangkang khianati negara

Sejarah menyatakann bahawa salah satu faktor tanah melayu dijajah
adalah kelemahan dari segi senjata.

SEMPORNA 23 Okt. - Parti pembangkang dibidas kerana sanggup menjadi petualang dan pengkhianat kepada negara sendiri dengan bertindak sebagai alat kepada pihak tertentu untuk menghancurkan negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan mereka untuk membawa masuk dua peguam Perancis yang ditugaskan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene adalah bukti jelas niat jahat mereka.

Tegas beliau, tindakan itu bukannya perkara yang boleh dipandang ringan kerana membabitkan soal keselamatan dan kedaulatan negara.

"Kita adalah negara berdaulat yang mempunyai peraturan dan lunas undang-undang yang perlu dipatuhi. Mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk mencemarkan nama baik negara ini, ini semua berpunca kepada kepentingan agenda politik mereka semata-mata.

"Kapal selam adalah aset persenjataan negara untuk meningkatkan tahap keselamatan, sepatutnya mereka perlu bersama-sama memberi sokongan padu, bukannya menghancurkan negara ini," katanya.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Selamat di sini hari ini.

Tegas beliau, segala dakwaan dan tohmahan pembangkang terhadap isu kapal selam itu ternyata tidak benar malah penipuan itu sengaja digembar-gemburkan menjelang pilihan raya umum untuk mendapat ihsan rakyat.

Sementara itu, Shafie berkata, kerajaan akan menyelesaikan masalah penempatan mangsa-mangsa kebakaran membabitkan 198 buah keluarga di Kampung Selamat di sini yang musnah dijilat api dalam kebakaran Khamis lalu.

Beliau berkata, majoriti mereka merupakan pelarian perang Filipina yang diwartakan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR) yang telah menetap di situ sejak 1970-an lagi.

Bagaimanapun menurut beliau, terdapat juga penduduk tempatan yang terlibat.

"Bagi penduduk berdaftar dengan UNCHR, kita akan merujuk permasalahan mereka dengan Majlis Keselamatan Negara, manakala penduduk tempatan akan dirujuk dengan pejabat daerah untuk tindakan susulan termasuk memberikan bantuan yang sewajarnya," katanya.

utusan.com.my/utusan/Politik/20121024/po_01/Pembangkang-khianati-negara


Sunday, 2 September 2012

Singapore akan sertai dan memerintah Malaysia

Mungkin anda terkejut, atau ketawa dengan tajuk entry pada kali ini.

Tiada yang mustahil jika sokongan-demi sokongan akan terus menyebelahi PR yang hanya menguntungkan DAP kelak.

Adakah benar dengan 2 entry ini:

Agenda atau Dendam DAP 

Tanah Pulau Pinang Hak Milik Singapura

Jika benar adalah tidak mustahi Singapore akan menyertai Malaysia untuk memberi kemenangan besar kepada DAP!

k


Benar atau tidak? Fikir dengan 3 artikal ini;

JIKA PAKATAN MENANG DI PRU 13, ADAKAH SINGAPORE AKAN MENYERTAI MALAYSIA UNTUK MENJADI LEBIH DOMINAN ?
http://cikgulin57.blogspot.com/2012/05/jika-pakatan-menang-di-pru-13-adakah.html

DAP alat Singapore untuk menjajah Malaysia?
http://montokmontok.blogspot.com/2012/07/dap-alat-singapore-untuk-menjajah.html

TERKINI ! Rakyat Malaysia wajar bantah diplomat Singapura sertai BERSIH 3.0
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/06/terkini-rakyat-malaysia-wajar-bantah.html


Melayu akan merempat jika Singapura sertai Malaysia


Sunday, 5 August 2012

Nak Pendidikan Percuma Belajarlah


KUALA LUMPUR 12 Julai - Seramai 12,529 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama dikecualikan daripada pembayaran balik pinjaman.

Keputusan itu menyaksikan PTPTN melupuskan RM359.3 juta hutang pinjaman mereka dengan pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu seramai 9,293 orang dikecualikan pembayaran balik kerana mencatatkan pencapaian akademik cemerlang.

Pelajar Melayu yang dikecualikan bayaran balik adalah seramai 2,608 orang diikuti India (476 pelajar), bumiputera Sabah (51 pelajar), bumiputera Sarawak (39 pelajar) dan lain-lain (62 pelajar).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan juga telah bersetuju pada 15 Jun lalu untuk meluluskan pengecualian sama ke atas 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009.

"Mereka ini peminjam kategori sama (ijazah kelas pertama) dan dengan persetujuan baru itu, PTPTN akan melupuskan pinjaman mereka berjumlah RM116 juta," katanya menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, beliau mengulangi pendirian kerajaan yang tidak bercadang memberi pendidikan secara percuma di peringkat universiti walaupun pembangkang menjadikan isu tersebut sebagai usaha 'populis' untuk memancing undi.

Katanya, sehingga kini komitmen PTPTN untuk membantu pelajar cukup besar iaitu berjumlah RM48 bilion dan bagi kerajaan, bantuan pinjaman melalui badan tersebut adalah sistem yang paling cekap.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Nget Yoon yang ingin tahu jumlah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus perubatan, Kok Chung berkata, terdapat 21 IPTS berbuat demikian di seluruh negara.

"Bagi memastikan kelayakan pensyarah-pensyarah di IPTS ini pula, hanya pensyarah yang berkelayakan dilantik dan mereka perlu memiliki permit mengajar yang disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

utusan.com.my/utusan/Parlimen/20120713/pa_01/Graduan-Cina-dapat-manfaat

Monday, 9 July 2012

Pergi Mampus Dengan Undi

 Pengiktirafan kursus Kolej TAR adalah kebodohan orang Melayu, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, masyarakat Melayu di negara ini sudah “kaku dan tidak boleh menjawab balik” kerana takut dituduh bersifat rasis.

Dalam satu temuramah khas bersama akhbar Mingguan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) menjelaskan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.

“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab.

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,” kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan “dahulu nak masuk kerja diploma hanya melibatkan universiti awam, tapi sekarang diploma Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima.”

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan lebih 70 kursus yang ditawarkan di KTAR telah  diberi pengiktirafan retrospektif yang mana membolehkan graduan mereka turut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengiktirafan itu akan berkuatkuasa serta merta, dan akan meliputi kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan kolej berkenaan sejak pertengahan tahun 1990-an.

Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah.

“Kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sesebuah negara, mereka akan berkuasa.

“Namun kini mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah,” tegasnya lagi dan menambah, “Melayu kini berpecah kepada tiga kelompok dan dengan itu memang mereka memerlukan sokongan kaum lain.”

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apabila Melayu berpecah, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan pihak lain bagi mendapatkan undi mereka.

“Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah, maka orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang masih lagi berpengaruh di negara ini turut menjelaskan, beliau bukan menentang masyarakat Cina, sebaliknya mereka perlu bersifat adil berdasarkan keadaan negara.
“Saya bukanlah menentang kaum Cina, tapi kena lah bersifat adil berdasarkan negara ini. Bila saya bercakap mengenai perkara ini, mereka kata saya rasis, tetapi kenyataan-kenyataan ini yang dipersetujui dalam Perlembagaan,” katanya merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Jika mereka nak lebih, mereka juga perlu bagi lebih kepada kita. Barulah seimbang.

“Katalah mereka kata nak hapus hak istimewa orang Melayu, maka mereka perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, orang Melayu sekarang tidak lagi boleh bercakap berkenaan perkara itu dan hanya mengambil pendekatan bertahan jika dihentam.

“Bila kita bertahan, orang lain akan bampak ‘bintik-bintik hitam’ yang ada di muka kita,” jelasnya lagi.

KTAR merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diwujudkan sejak 1969, dan setakat ini telah menghasilkan lebih 160,000 graduan.

Selain itu, kolej yang dipengerusikan oleh Datuk Seri  Dr Chua Soi Lek ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB, dan banyak lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Najib berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dr Chua yang juga merupakan Presiden MCA turut berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969, dan telah berkembang ke seluruh negara dengan mempunyai enam cawangan dan lebih 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma.

http://my.news.yahoo.com/pengiktirafan-kursus-kolej-tar-adalah-kebodohan-orang-melayu-090216036.html
bagi betis nak paha pula


Saturday, 30 June 2012

Tanah Pulau Pinang Hak Milik Singapura

PULAU PINANG 27 Jun - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi tempoh dua hari untuk memberi penjelasan berhubung penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Burmah, di sini yang sebelum ini dicadangkan untuk projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua.

Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini menyerahkan surat kepada Guan Eng yang mahu Setiausaha Agung DAP itu menyatakan nama pembeli, harga dan maklumat syarikat-syarikat lain yang mengemukakan tender untuk membeli tanah tersebut.

Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong berkata, maklumat tersebut diperlukan bagi membolehkannya berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan semula tanah berkenaan.

"Kami dengar ada pihak dari Singapura telah membeli tanah tersebut, adakah cerita ini benar?

"Kami bersedia untuk mengembalikan tanah tersebut kepada rakyat dengan membina 272 rumah bagi golongan miskin," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyerahkan surat berkenaan kepada wakil dari Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Tong Keong menambah, sebagai Ketua Menteri yang bertanggungjawab, Guan Eng sepatutnya menjawab surat itu dalam tempoh ditetapkan.

Ia kerana jelasnya, perkara tersebut melibatkan hak rakyat.

Pemuda BN negeri baru-baru ini mendedahkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah yang sepatutnya dibangunkan rumah kos rendah kepada sebuah syarikat pemaju swasta.

Tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Burmah dikatakan akan dibangunkan sebagai hospital swasta.

Ia sepatutnya dibangunkan untuk dibina 272 buah rumah kos rendah bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu.

Proses penjualan telah dilakukan sejak 2010 dan berdasarkan lokasinya yang terletak di pusat bandar, dipercayai nilai hartanah itu boleh mencecah RM30 juta.


Thursday, 28 June 2012

Orang Melayu perlu beri UMNO sokongan


KUALA LUMPUR 25 Jun - Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong.

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

"Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja? Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

"Mahu tidak mahu, suka tidak suka kita perlu memberi sokongan kepada UMNO kerana sehingga hari ini parti tersebut berjaya menjalankan tugas memelihara Islam, Melayu dan raja-raja dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah mengenai isu semasa pada kursus kepimpinan Perkasa di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, tidak dinafikan UMNO berhadapan dengan masalah dalaman serta mempunyai kelemahan tertentu, tetapi peranannya melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan Islam, Melayu dan raja-raja tidak boleh dinafikan.

"Bagi Perkasa sendiri kita akan terus membantu UMNO untuk berjuang memelihara Islam, Melayu dan raja-raja. Kita akan menjadi pelengkap peranan yang telah dilakukan oleh UMNO," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pilihan raya umum nanti merupakan pilihan raya yang begitu kritikal kepada orang Melayu.

"Kita perlu akui pilihan raya umum akan datang bakal menentukan jatuh bangunnya nasib orang Melayu. Apa yang saya bimbangkan juga adalah mengenai nasib dan masa depan Islam yang tercinta serta institusi raja-raja," katanya lagi.

utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Wednesday, 2 May 2012

Islam Akan Dijajah Lagi

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........fikir-fikirkanlah..




Melayu kan Gagah Dinusantara

Sumber:
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-dari-orang-melayu.html
http://tenteramaya.blogspot.com/2012/05/artikel-waji-baca-tolong-rahsiakan.html