Tuesday, 30 July 2013

Lagi hina Islam di Aidilfitri

Share on :
Islam dihina dengan video "1 hari di hari raya"


Puak-puak haram jadah ni tak boleh bagi muka!
Selagi tak diambil hukuman tegas, lagi tu makin banyak video, gambar dan artikal tentang penghinaan Islam.

Mula-mula kes budak namewee dengan lagu bodoh dia..
Tahun lepas, promosi arak dibulan Ramadhan... 
lepas tu hina Agong,
kes Alvin Vivian promosi buka puasa dengan sup babi
kali ni, beraya dengan anjing pula...

Kepala otak hang la ! 
kalau nak promosi kempen cintai anjing pun, agak-agak la....
dah tahu orang Islam haramkan anjing dan babi, lagi nak kaitkan anjing babi dengan Islam. Puuiiiii!

bila kena kes macam ni (lihat)... laju jer nak buat report! puiiiii! 



Video Penghinaan Islam di Aidilfitri


SKMM diarah siasat video hina Islam dalam YouTube: Jailani

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.


Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.


Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948. - Bernama

Butiran Siapa budak sial dalam video tersebut ... 
link 1
link 2



No comments:

Post a Comment