Monday 24 December 2012

DAP gesa Pusat benar guna kalimah ALLAH


SHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak. (ooo...Patut la kat Sabah Sarawak banyak Kristian)

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia....

sinarharian.com.my/nasional/dap-mahu-pusat-benar-guna-kalimah-allah-1.115162


Apa kata Datuk Haron Din..?




Apakata YB Zul Nordin




Monday 17 December 2012

Pakatan yang tak sepakat


Gagal mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) jelas menunjukkan sememangnya DAP, PAS, PKR ini tidak sehaluan, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

Tambah beliau, walaupun hanya mempunyai tiga parti di dalam gabungan mereka namun keputusan besar untuk siapa yang layak diletakkan sebagai Perdana Menteri tidak mampu mereka lakukan sebulat suara yang mana ini jelas amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 13 parti gabungan.

"BN yang di anggotai oleh 13 parti jelas sepakat dan satu nada iaitu hanya mahukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka baru dalam kumpulan yang kecil tidak sepakat jadi bagaimana mereka mahu mentadbir negara...

Mengenai Calon Melayu yang kalah teruk dalam Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) membuktikan DAP hanyalah kumpulan yang beretorik, kononnya mengamalkan Malaysian Malaysia, sama rata tapi sama rata apa... kesemua calon Melayu gagal untuk terpilih dalam jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). "DAP yang selama ini berusaha untuk tampil sebagai parti pelbagai kaum hari ini menampakkan wajah cauvinis apabila tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). " Baca selanjutnya..(link) dan kenyataa Tunku Abdul Aziz bahawa Ketiadaan calon Melayu bukti DAP parti cauvinis dan perkauman.

Jelas DAP hanya;
retorik tentang kesaksamaan
retorik tentang malaysian malaysia
retorik tentang demokrasi

Penambahan 13 kerusi DAP dalam PRU13 adalah untuk DAP menguasai PR.




Tuesday 4 December 2012

AES: Saya tidak puas hati disaman

Ada seorang warga Malaysia, telah disaman bagi kesalahan lampu isyarat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau mempertikaikan, mengapa dia disaman, sedangkan dia hanya tidak berhenti ketika lampu isyarat berwarna kuning! bukan Merah! .... Kepala Otak Hang lah!

Pelik aku,
buku undang-undang jalan raya mana dia baca?
buku sekolah memandu mana dia baca?

Lampu kuning dan merah adalah berhenti!

Cuma untuk keselamatan, lampu kuning diberi kelonggaran untuk meneruskan perjalanan jika tidak sempat. Tapi mustahil tak sempat, sebab sekarang ni, banyak lampu isyarat mempunya timer countdown. 

Masalahnya, pengguna jalan raya di Malaysia ni, kebanyakannya suka pecut bila sampai pada lampu isyarat. Lagi timer menghampiri 0, lagi tekan minyak...!


Seorang rakannya pula mengatakan bahawa, apa yang berlaku pada sahabatnya adalah tidak adil... kerana ramai orang awam yang tidak tahu bahawa minimum denda bagi kesalahan jalan raya adalah RM300... Kepala otak hang lah.. ko fikir undang-undang je tidak adil.  Adakah kau tu adil pada undang-undang? ko tak hormat undang-undang, lepas tu ko kata undang-undang ni tak adil?

Denda minimum RM300 telah lama diwartakan didalam berita dan semua surat khabar. Tak kan tak tahu? Itu lah dok ikut sangat seruan PAS boikot Utusan yang banyak infomasi,
yang tau.. dok baca Harakah yang penuh dengan berita politik.

Dalam kelas-kelas ceramah tentang keselamatan jalan raya ( sebahagian syarat untuk mengambil lesen memandu) juga dimaklumkan tentang perkara tersebut.
Tidur ke dalam ceramah?... letih dengar cerama PAS tiap-tiap malam kot!

Harap JPJ siasat lesen memandu wanita tersebut.. mana la tahu entah-entah 'lesen terbang' ke ‘lesen kopi-O’ ke, ‘lesen tomyam’ ke, tak pun ‘lesen bawah meja’! Mana la tahu kan... siasat la dulu.

Yang aku peliknya, Video wanita tersebut terdapat dalam website PAS... PAS ni tak tahu ke undang-undang? bukankah setiap pindaan akta dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Ape wakil PAS tidur ke dalam perbentangan?



Bayar jer lah saman tu minah oiii, dah memang ko yang salah!

P/S: Tahukah anda bahawa jika anda tidak mengetatkan tali topi keledar, kesalahannya adalah sama seperti anda tidak memakai topi keledar.

.

Sunday 2 December 2012

Semua Orang Islam Mesti Tonton



USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO iLMU)
Tajuk: Perbahasan Usul Agama & Pendidikan
Tarikh: 01.12.2012 (Sabtu)
Lokasi: PWTC

Antara yang terkandung dalam ucapan UFB adalah;

  • Akhlak PAS perlu dibaiki
  • Perlunya muhasabah diri masing-masing
  • Isu Doa Kehancuranyang di dokan oleh Ahli PAS
  • Islam menuntut kemaafan
  • Adab berkata pada Pemimpin.
  • Menyetuh kata-kata Nik Aziz yang menyatakan UMNO Murtad
  • UFB menjelaskan bukti-bukti UMNO dan kerajaan Malaysia adalah Islam.
  • UFB juga menasihati ahli-ahli UMNO, Apakah nasihat-nasihat dari UFB? tonton video dibawah


kredit: abuaqifstudio


DAP Ayat Lagi


DAP memberi jaminan orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri meskipun Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai parti itu, memerintah negara ini. (sumber).  KEPALA OTAK HANG! hak puiii..!

Berapa orang Ahli Exco Pulau Pinang yang terdiri dari orang Melayu?

Berapa orang Ahli PAS dalam Exco Penang. 
..JELAS! Terang lagi bersuluh!... Jangan auta la

Kalau Malaysia dikuasai oleh PR yang mana DAP adalah parti dominan dalam pakatan pembangkang .... Politik Malaysia akan jadi macam Singapura yang mana hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja (Sumber).


Buka mata la sikit PAS PENANG... jangan jadi keldai DAP pula!