Thursday 30 August 2012

Abby dan Dr Asri bergaduh dalam Twitter



KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.

“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.


“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.

Sumber:
http://my.news.yahoo.com/baru-insaf-belum-tentu-faham-islam-pesan-dr-070716300.html


Friday 10 August 2012

DAP Kafir Harbi


KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),

Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
"Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 8/8/2012 


Surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Jelas berpandukan Ayat Al-Quran dan apa yang berlaku dalam pentadbiran DAP, dimana

"orang yang memerangimu karena agama" iaitu DAP tentang Islam
"dan mengusir kamu dari negerimu" iaitu menghalau Melayu Pulau Pinang dengan menaikkan harga rumah yg hanya mampu dibeli oleh bukan Melayu 

DAP adalah Kafir yang perlu ditentang atas agenda yg dibawanya.

Takbir///
 


Tuesday 7 August 2012

Agenda atau Dendam DAP


Wajb tengok video yang bakal membogelkan PR.


Kalau 1969 DAP gagal kerana tiada sokongan melayu.. Kini strategi telah ditukar untuk tujuan yang sama.

DAP setelah PRU 2008.


DAP berkuasa dengan 29 kerusi parlimen dan 71 kerusi di DUN. Walaubagaimana pun, PKR diberi mandap sebagai ketua PR.. Mengapa? semua ini adalah untuk mencapai agenda DAP yang paling utama iaitu Malaysian Malaysia.

Apa yang DAP telah lakukan apabila mereka berkuasa?

Di Selangor

  • Semua jawatan penting bagi ekonomi diberi kepada cina.
  • Selangor telah meluluskan RM100j untuk penternakkan babi? Adakah ini salah satu peluang perniagaan bagi Melayu adan India?

  • Enakmen Jenayah Syariah juga dipertikaikan oleh Ronnie Liu, (disinilah mulanya permusuhan antara Ronnie Liu dan Dato Dr Hasan Ali)
  • Azan dipertikaikan, seramai 189 penduduk bukan melayu menghantar petisen kepada kerajaan selangor untuk memperlahankan azan.
  • Peruntukan untuk gereja ditambah dari RM3j kepada RM8j

  •  Gereja terbesar di Malaysia dibina di Parlimen Seputeh
    • Rumah urut dan pelacuran meningkat 70%
    • Ronnie Liu telah salah guna kepala surat kerajaan negeri untuk memberi kelulusan rumah pelacuran.


    Di Perak.

    • Institusi Kesultanan dipulau olehDAP
    • Institusi Kesultanan di saman oleh Karpal
    • Perlantikan Nizar adalah sebagai tutup mata rakyat..hakikatnya, kaki, tangan, dan leher Nizar telah diikat oleh DAP.
    • Pemberian tanah 999 tahun kepada bukan melayu.
    • Nga Kor Meng adun pantai remis mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik mereka (seperti mana yang dilakukan oleh PAS).



    Di Pulau Pinang

    • PAS yang memain peranan besar dalam memecah-belah perpaduan melayu untuk menggundi PR, tidak diberi apa2 jawatan, ini membuktikan PAS hanya menjadi haiwan tunggangan mereka untuk mendapat kuasa.

    • DEB dihapuskan ( hak melayu dihapuskan)

    VIDEO PEMBOGELAN DAP
    PART 1


    PART 2




    DAP adalah Jelmaan PAP

    DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia
    PAP memperjuangkan Singaporean Singapore

    Sistem pemerintahan Anak-beranak diamalkan oleh DAP seperti yang diamalkan oleh PAP.


    Apakah agenda MALAYSIAN MALAYSIA?

    Hak sama rata yang berlawanan dengan Persekutuan Islam

    Apa pula kesan dalam Perlembagaan Malaysia

    • Perkara ke 3 iaitu "Islam adalah agama bagi persekutuan" akan dimansuhkan..

    • Perkara 38 iaitu "Majlis Raja-raja" akan dimansuhkan..

    • Perkara 152 " Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan" akan dimansuhkan..
    • Perkara 153 ' keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera" akan dimansuhkan..



    ... Malaysian Malaysia mirip Malayan Union yang ditengtang oleh UMNO dahulunya... oleh itu untuk mencapai Malaysian Malaysia... ..adalah tidak hairan lah mengapa UMNO sering diserang.


    ... towards Malaysian Malaysia by DAP

    Monday 6 August 2012

    Anwar dihentam ahli ABIM



    Anwar dihentam oleh ahli ABIM dalam Perjumpaan tertutup mereka.
    Rupanya dalam ABIM juga tidak senang cara Anwar dalam isu semua agama adalah sama.
    Rupanya Anwar berpegang pada mazhab Jhon Hick iaitu seorang pendeta di United Reform Church (gereja reformis).

    Benarlah.. demi sokongan anwar sanggup jual agama!

    Jangan Tipu la DAP





    Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta agar Lim Guan Eng berhenti menipu rakyat berkenaan isu rumah kos rendah dan sederhana kerana rakyat sudah semakin bijak menilai dan putar belit Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah semakin diketahui umum.

    Menurut Zainal, fakta angka yang sering Guan Eng umumkan berkenaan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana selama ini adalah tidak benar atau dalam kata lain adalah penipuan semata. Ianya tidak benar kerana sehingga kini tiada bukti Kerajaan Negeri telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat.

    “Telah empat tahun DAP mengambil alih pucuk pimpinan negeri ini namun sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawa mereka telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat. Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka hanya berdolak dalih dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat.

    “Rakyat masih lagi menagih jawapan tentang isu ini. Angka-angka yang didedahkan sebelum ini adalah yang dibina oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN dan kebetulan siap semasa DAP telah mengambil alih Pulau Pinang. Sehingga kini kita masih menunggu lokasi, senarai pembeli dan bila ianya mula dibina untuk rumah kos rendah ini,” ujar Zainal Abidin dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

    Tambah Zainal, rata-rata rungutan setiap hari daripada rakyat yang mahu membeli rumah kos rendah dan sederhana ini adalah di mana lokasi rumah ini bakal dibina. Sehingga kini tiada hitam putih ataupun ‘benda’ yang dapat mereka lihat secara mata kasar untuk membuktikan bahawa memang wujud pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini.

    “Jadi kita harap kerajaan DAP tidak akan terus berdolak dalih dan meletakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini sebagai satu keutamaan untuk rakyat secara keseluruhan di negeri ini. Kita lihat kerajaan DAP selain daripada rumah kos rendah ini mereka juga berdolak dalih tentang beberapa isu tentang alam sekitar, tentang pembinaan di lereng bukit dan semua ini dibuat dalam keadaan mereka mempunyai kekuatan untuk tidak menyatakan fakta sebenar.

    “Rakyat boleh dikaburi dengan satu dua isu tetapi lama kelamaan mereka akan merasa kerajaan ini tidak boleh dipercayai tentang data angka yang diberi dan lama kelamaan kerajaan DAP akan membayar harga yang tinggi kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

    Sunday 5 August 2012

    Nak Pendidikan Percuma Belajarlah


    KUALA LUMPUR 12 Julai - Seramai 12,529 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama dikecualikan daripada pembayaran balik pinjaman.

    Keputusan itu menyaksikan PTPTN melupuskan RM359.3 juta hutang pinjaman mereka dengan pelajar Cina mendapat manfaat paling tinggi iaitu seramai 9,293 orang dikecualikan pembayaran balik kerana mencatatkan pencapaian akademik cemerlang.

    Pelajar Melayu yang dikecualikan bayaran balik adalah seramai 2,608 orang diikuti India (476 pelajar), bumiputera Sabah (51 pelajar), bumiputera Sarawak (39 pelajar) dan lain-lain (62 pelajar).

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan juga telah bersetuju pada 15 Jun lalu untuk meluluskan pengecualian sama ke atas 4,430 graduan yang tamat pengajian dari 2005 hingga 2009.

    "Mereka ini peminjam kategori sama (ijazah kelas pertama) dan dengan persetujuan baru itu, PTPTN akan melupuskan pinjaman mereka berjumlah RM116 juta," katanya menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon di Dewan Negara hari ini.

    Terdahulu, beliau mengulangi pendirian kerajaan yang tidak bercadang memberi pendidikan secara percuma di peringkat universiti walaupun pembangkang menjadikan isu tersebut sebagai usaha 'populis' untuk memancing undi.

    Katanya, sehingga kini komitmen PTPTN untuk membantu pelajar cukup besar iaitu berjumlah RM48 bilion dan bagi kerajaan, bantuan pinjaman melalui badan tersebut adalah sistem yang paling cekap.

    Sementara itu ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Nget Yoon yang ingin tahu jumlah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan kursus perubatan, Kok Chung berkata, terdapat 21 IPTS berbuat demikian di seluruh negara.

    "Bagi memastikan kelayakan pensyarah-pensyarah di IPTS ini pula, hanya pensyarah yang berkelayakan dilantik dan mereka perlu memiliki permit mengajar yang disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

    utusan.com.my/utusan/Parlimen/20120713/pa_01/Graduan-Cina-dapat-manfaat

    Wednesday 1 August 2012

    Lagu Tema Kemerdekaan 2012

    Puas aku cari lagu tema kemerdekaan 2012... akhirnya jumpa jua.
    mantap dan berinfomasi...

    Saksikan dan hayati... Janji Ditepati Versi 2.0



    "rembulan dan sinar cahaya pada yang kau puja... hanyalah serpihan bongkah melayang di angkasa!"