Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

Rasiskah Melayu pertahan hak?



Isyarat yang telah diterjemahkan oleh sebahagian besar kaum Cina semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lepas, cukup jelas. Tanpa mengira latar ideologi politik, latar sosial dan latar ekonomi, mereka seolah-olah memberikan gambaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO telah mengabaikan kebajikan, keperluan dan kehendak mereka selama ini. Ironinya sokongan padu ini berlangsung semasa perpecahan Melayu berada pada tahap kritikal.

Sebahagian kecil kaum Cina masih setia dengan BN walaupun api perkauman ditiup kencang oleh DAP. Sebagian kecil kaum Cina masih utuh dengan asas pembinaan negara ini berlandaskan kontrak sosial sejak merdeka. Sebahagian kecil kaum Cina masih mengenang budi kerajaan. Budi kerajaan yang menyediakan situasi yang kondusif untuk mereka mengumpul kekayaan. Terima kasih.

Selalunya apabila individu Melayu mengungkitkan hal sebegini, dianggap rasis. Percayalah orang Melayu adalah bangsa yang amat bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kami tidak pernah mempersoalkan kenapa dan bagaimana kaum Cina yang menguasai ekonomi. Namun kami akan melenting apabila hak-hak kami yang termaktub di dalam Perlembagaan, dipersoalkan. Rasiskah individu Melayu bila mempertahankan apa yang tidak sepatutnya diusik?

Manifesto DAP yang secara terang-terangan ingin mengubah frasa-frasa tertentu yang sensitif dalam Perlembagaan (sekiranya berkuasa), amat mengguris hati individu Melayu. Sokongan sebahagian besar kaum Cina terhadap DAP, bermaksud menyokong hasrat itu. Itu tambah melukakan hati kami. Keluhan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman adalah manifestasi kedukaan pejuang Melayu yang berkhidmat untuk semua, tanpa mengira kaum dan agama semasa mentadbir negeri.

Garapan ini tidak bermaksud menghangat api polarisasi. Lumrah, apabila satu pihak menghenyak, maka pihak sebelah lagi bangun. Bangun tidak bermaksud menyinsing lengan. Bangun untuk menjaga kehormatan dan maruah. Rasanya tidak salah.

Malangya, kalaupun bangun, Melayu sekarang tempang. Keretakan yang sebenarnya dibina dan dipasak kemas ke dalam minda penyokong. Aduhai bangsaku, di saat kita galak bertelagah, mereka senyum dengan megah. Di kala kita ligat bertikam lidah, mereka bertepuk tak sudah.

Sebagai individu yang cintakan keharmonian dan perpaduan, saya dengan rendah diri merayu dan memohon barisan kepimpinan UMNO dan Pas berdiri dalam saf sama. Cukup-cukuplah kita berbalah. Cukup-cukuplah kita saling bercakaran.

Perjuangan Pas yang ingin memartabatkan Islam sebenarnya selari dengan aspirasi yang sebahagiannya telah dilaksana oleh UMNO. Kalau perlu dibaiki, datanglah baiki dari dalam, bukannya menghentam dari luar. Percayalah memang ada cahaya di hujung terowong bagi harapan ini. Percayalah hasrat Pas mustahil tercapai walau telah cuba berkongsi bantal yang sama dengan DAP. Ingatlah bahawa kita akan ditanya nanti tentang tugas ini di hadapan Allah SWT.

Biarlah PKR bersama DAP yang rakyat umum maklum akan matlamat mereka hampir selari. Saya dapat rasakan UMNO akan sentiasa berlapang dada menerima Pas. Sudah-sudahlah mengenang sejarah lepas. Datanglah wahai sahabat seagama dan sebangsa.


HAFIZI SHAFIIN
Machang, Kelantan

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130508/fo_01/Rasiskah-Melayu-pertahan-hak



Saturday, 11 May 2013

UMNO adil tanpa mengira kaum




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.
   
Najib yang juga Presiden Umno berkata sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

Apabila bercakap tentang bangsa, maknyanya ia menyentuh tentang bahasa dan cara hidup.

Ya..Umno bukan parti rasis...

Benar... 

Buktinya SJK dikekalkan... walaupun di SJK hanya menggunakan Bahasa Malaysia dalam urusan rasmi diperingkat pentadbiran sahaja. Ini membuktikan UMNO dan BN mengamalkan dasar yang adil dan saksama kepada semua bangsa.

Benar... 

Buktinya semua bangsa diberi hak untuk mengunakan bahasa ibunda masing-masing... Ini membuktikan UMNO dan BN mengamalkan dasar yang adil dan saksama kepada semua bangsa..Bukan seperti di Indonesia. 

Benar....

Buktinya segala bantuan diberi kepada rakyat tanpa mengira bangsa.... sehinggakan tauke kedai motor, tauke nelayan  juga menerima BR1M.... 

so apa lagi mau?

Perkara yang telah dipersetujui di era kemerdekaan, jangan bikin kecoh la Suqiu... (Tuntutan Suqiu)

"Inilah formula terbaik Umno (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita (Umno dan Barisan Nasional) tidak akan benarkan politik sedemikian...opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra.


Sempena ulang tahun Umno ke-67 hari ini, Najib mengajak pemimpin dan anggota Umno supaya bermuhasabah dan menginsafi diri dengan memperbetulkan kelemahan bagi menarik semula sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
   
"Yang sokong, kita ucap terima kasih. Yang tidak undi, kita tanya diri balik bagaimana pada pilihan raya umum akan datang mereka boleh sokong kita.
   
"Jangan angkuh dan sombong. Kita berjaya kerana rakyat suka, sokong dan percaya. Ingatkan diri sepanjang masa, tak kira pemimpin besar atau akar umbi Umno bahawa kesudahannya rakyat yang akan tentukan kelangsungan dan kekuasaan parti (Umno)," katanya.
   
Perdana Menteri mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya melaksanakan segala aku janji dan bersikap mesra rakyat bagi memastikan parti keramat orang Melayu itu dapat menyambut kejayaan yang lebih besar pada lima tahun akan datang.  
   
"Marilah kita semua berusaha sebagai satu pasukan dalam satu ikatan perpaduan kukuh untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan membawa Malaysia yang lebih aman, makmur dan berjaya di bawah pimpinan Umno dan BN," katanya.
   
Najib turut menyifatkan Umno sebagai sebuah institusi politik paling berjaya di dunia kerana selepas 67 tahun, parti itu bersama rakan-rakan komponen dalam BN masih kekal mentadbir Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-umno-bukan-parti-rasis-1.159249










Tuesday, 7 May 2013

Kafirkah Tun Dr Mahathir?




KISAH TUN MAHATHIR YANG TIDAK DICERITAKAN...

"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.


Tuesday, 16 April 2013

Peluang UMNO tawan Pulau Pinang



Berikut ialah senarai calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada PRU-13 nanti.


PARLIMEN

Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno - muka baharu)
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno - muka baharu)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan - muka baharu)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan - muka baharu)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan - muka baharu)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Analisis: UMNO 5 kerusi, MCA 4 kerusi dan Gerakan 4 kerusi. 
Kesimpulan : UMNO Dominan





KERUSI NEGERI

Penaga: Mohd Zain Ahmad (Umno - muka baharu)
Bertam: Shariful Azhar Othman (Umno - muka baharu)
Pinang Tunggal: Datuk Roslan Saidin (Umno)
Permatang Berangan: Omar Abdul Hamid (Umno - muka baharu)
Sungai Dua: Muhamad Yusoff Mohd Noor (Umno - muka baharu)
Telok Air Tawar: Datuk Jahara Abdul Hamid (Umno)
Sungai Puyu: Sum Yoo Keong (MCA)
Bagan Jermal: Tan Chuan Hong (MCA)
Bagan Dalam: M.Karuppanan (MIC - muka baharu)
Seberang Jaya: Mohamad Nasir Abdullah (Umno - muka baharu)
Permatang Pasir: Anuar Faisal Yahaya (Umno - muka baharu)
Penanti: Ibrahim Ahmad (Umno - muka baharu)
Berapit: Lau Chiek Tuan (MCA)
Machang Bubuk: Tan Lok Heah (Gerakan)
Padang Lalang: Tan Teik Cheng (MCA)
Perai: L. Krishnan (MIC - muka baharu)
Bukit Tengah: Teng Chang Yeow (Gerakan)
Bukit Tambun: Lai Chew Hock (Gerakan)
Jawi: Tan Cheng Liang (MCA)
Sungai Bakap: Mohd Foad Mat Isa (Umno)
Sungai Acheh: Datuk Mahmud Zakaria (Umno)
Tanjung Bungah: Chia Kwang Chye (Gerakan)
Air Putih: Tan Ken Keong (MCA - muka baharu)
Kebun Bunga: Hng Chee Wey (Gerakan - muka baharu)
Pulau Tikus: Rowena Yam (Gerakan - muka baharu)
Padang Kota: Oh Tong Keong (Gerakan - muka baharu)
Pengkalan Kota: Loke Cheng Gin (MCA - muka baharu)
Komtar: Loh Chye Teik (MCA - muka baharu)
Datok Keramat: Ong Thean Lye (Gerakan)
Sungai Pinang: Thor Teong Gee (Gerakan)
Batu Lanchang: Lee Boon Ten (Gerakan)
Sri Delima: Low Joo Hiap (MCA - muka baharu)
Air Itam: Loo Jieh Sheng (Gerakan - muka baharu)
Paya Terubong: Koh Wan Leong (MCA)
Batu Uban: Goh Kheang Sneah (Gerakan)
Pantai Jerejak: Wong Mun Hoe (Gerakan)
Batu Maung: Mansor Musa (Umno)
Bayan Lepas: Nordin Ahmad (Umno - muka baharu)
Pulau Betong: Muhamad Farid Saad (Umno)
Teluk Bahang: Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Umno - muka baharu)

Analisis : UMNO 15 kerusi, MIC 2 kerusi,  MCA 10 kerusi dan Gerakan 13 kerusi. 
Kesimpulan : UMNO Dominan


Berikut ialah senarai calon Pakatan Rakyat bagi kawasan Parlimen Negeri Pulau Pinang pada PRU-13 nanti.

PARLIMEN


P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS)
P 042 - Tasek Gelugor - Abdul Rahman Maidin (PAS)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang)
P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang)
P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang)
P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman KEADILAN (bertukar dari DUN Penanti)
P 048 - Bukit Bendera - Zairil Khir Johari (DAP - belum disahkan)
P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan)
P 050 - Jelutong - Jeff Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang)
P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak)
P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)



Analisis : PAS 2 kerusi, PKR 4 kerusi, dan DAP 7 kerusi
Kesimpulan : DAP Dominan


Peluang untuk melihat UMNO mentadbir Pulau Pinang sebenarnya ada. Jika kita semua menyokong setiap pemimpin dari UMNO. TIDAK BOLEH 1 kerusi pun UMNO tewas di PARLIMEN.

Sebab itu lah bagi saya PAS adalah sebuah parti yang merosakkan kekuasaan Melayu di Pulau Pinang. Apakah tujuan dan matlamat mereka bertanding di Pulau Pinang?

Mereka hanya bertanding dengan 2 kerusi sahaja... tidak mungkin dengan 2 kerusi itu membolehkan mereka memerintah Pulau Pinang. Tetapi mereka tetap bertanding untuk menjatuhkan UMNO dan memberi kemenangan mereka kepada DAP. Walaupun guang eng tidak memilih seorang pun ahli PAS sebagai ahli EXCO Pulau Pinang.
Rujuk :

http://pasbukitbendera.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1111&Itemid=1
dan
http://idirektori.penang.gov.my/papar_exco.php


Lihat senarai parti yang bertanding di Parlimen Pulau Pinang dibawah,
Fikir... buat percaturan. 
Jangan tau pangkah jer...tanpa menggunakan OTAK! 


Kepala Batas:  PAS - UMNO
Tasek Gelugor:  PAS- UMNO
Bagan:  DAP- MCA
Permatang Pauh: PKR - UMNO
Batu Kawan:  DAP - Gerakan 
Bukit Mertajam: DAP - MCA
Nibong Tebal: PKR - UMNO
Bukit Bendera: DAP - Gerakan
Tanjong: DAP - Gerakan 
Jelutong: DAP - Gerakan
Bukit Gelugor: DAP - MCA
Bayan Baru: PKR - MCA
Balik Pulau: PKR - UMNO




Sunday, 2 December 2012

Semua Orang Islam Mesti Tonton



USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO iLMU)
Tajuk: Perbahasan Usul Agama & Pendidikan
Tarikh: 01.12.2012 (Sabtu)
Lokasi: PWTC

Antara yang terkandung dalam ucapan UFB adalah;

  • Akhlak PAS perlu dibaiki
  • Perlunya muhasabah diri masing-masing
  • Isu Doa Kehancuranyang di dokan oleh Ahli PAS
  • Islam menuntut kemaafan
  • Adab berkata pada Pemimpin.
  • Menyetuh kata-kata Nik Aziz yang menyatakan UMNO Murtad
  • UFB menjelaskan bukti-bukti UMNO dan kerajaan Malaysia adalah Islam.
  • UFB juga menasihati ahli-ahli UMNO, Apakah nasihat-nasihat dari UFB? tonton video dibawah


kredit: abuaqifstudio


Friday, 30 November 2012

Beri kuota haji kepada ahli Umno


"Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.

Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu." (http://www.sinarharian.com.my/politik/beri-kuota-haji-kepada-ahli-umno-1.108621).

huh,,, ramai puak PR marah dengan kenyataan Datuk Jalaluddin Alias...hehehe

AKU SETUJU dengan cadangan  Datuk Jalaluddin Alias!

yer lah, kan selama ini puak-puak PR kata UMNO ni kafir..

sedangkan Kerajaan Pusat bersama Lembaga Tabung Haji menyumbang lebih RM100 juta setahun sebagai subsidi kepada setiap orang yang menunaikan fardu haji buat kali pertama. ( Purata kerajaan tanggung subsidi adalah RM5,000 bagi setiap jemaah haji) Rujuk1, Rujuk 2

RM100 juta tu,  termasuklah sewa hotel, kos pengangkutan dan makan minum, tidak termasuk kos perubatan dan kakitangan untuk menyelia jemaah haji.

Jadi biar lah orang UMNO sahaja pergi menunaikan ibadah Haji dengan Tabung Haji,

yang kata UMNO ni kafir , boleh lah pergi dengan syarikat swasta yerrr...

Jangan takut, banyak syarikat swasta yang menggurus untuk mengerjakan ibadah Haji, ada 25 syarikat.
Pakej yang disediakan bermula antara RM16,000 dan RM17,000 malah hingga RM50,000 bergantung kepada hotel penginapan.


Monday, 9 July 2012

Pergi Mampus Dengan Undi

 Pengiktirafan kursus Kolej TAR adalah kebodohan orang Melayu, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, masyarakat Melayu di negara ini sudah “kaku dan tidak boleh menjawab balik” kerana takut dituduh bersifat rasis.

Dalam satu temuramah khas bersama akhbar Mingguan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) menjelaskan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri.

“Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab.

“Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi,” kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu.

Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan “dahulu nak masuk kerja diploma hanya melibatkan universiti awam, tapi sekarang diploma Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima.”

Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan lebih 70 kursus yang ditawarkan di KTAR telah  diberi pengiktirafan retrospektif yang mana membolehkan graduan mereka turut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengiktirafan itu akan berkuatkuasa serta merta, dan akan meliputi kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan kolej berkenaan sejak pertengahan tahun 1990-an.

Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah.

“Kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sesebuah negara, mereka akan berkuasa.

“Namun kini mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah,” tegasnya lagi dan menambah, “Melayu kini berpecah kepada tiga kelompok dan dengan itu memang mereka memerlukan sokongan kaum lain.”

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apabila Melayu berpecah, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan pihak lain bagi mendapatkan undi mereka.

“Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah, maka orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang masih lagi berpengaruh di negara ini turut menjelaskan, beliau bukan menentang masyarakat Cina, sebaliknya mereka perlu bersifat adil berdasarkan keadaan negara.
“Saya bukanlah menentang kaum Cina, tapi kena lah bersifat adil berdasarkan negara ini. Bila saya bercakap mengenai perkara ini, mereka kata saya rasis, tetapi kenyataan-kenyataan ini yang dipersetujui dalam Perlembagaan,” katanya merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Jika mereka nak lebih, mereka juga perlu bagi lebih kepada kita. Barulah seimbang.

“Katalah mereka kata nak hapus hak istimewa orang Melayu, maka mereka perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, orang Melayu sekarang tidak lagi boleh bercakap berkenaan perkara itu dan hanya mengambil pendekatan bertahan jika dihentam.

“Bila kita bertahan, orang lain akan bampak ‘bintik-bintik hitam’ yang ada di muka kita,” jelasnya lagi.

KTAR merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diwujudkan sejak 1969, dan setakat ini telah menghasilkan lebih 160,000 graduan.

Selain itu, kolej yang dipengerusikan oleh Datuk Seri  Dr Chua Soi Lek ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB, dan banyak lagi.

Pada Oktober tahun lalu, Najib berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Dr Chua yang juga merupakan Presiden MCA turut berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969, dan telah berkembang ke seluruh negara dengan mempunyai enam cawangan dan lebih 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma.

http://my.news.yahoo.com/pengiktirafan-kursus-kolej-tar-adalah-kebodohan-orang-melayu-090216036.html
bagi betis nak paha pula


Thursday, 28 June 2012

Orang Melayu perlu beri UMNO sokongan


KUALA LUMPUR 25 Jun - Orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi raja-raja terus terpelihara.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong.

Beliau berkata, PKR yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggungjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana impian kedua-duanya adalah untuk ke Putrajaya sahaja.

"Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja? Begitu juga dengan Pas, adakah parti yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh orang Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan raja-raja?

"Mahu tidak mahu, suka tidak suka kita perlu memberi sokongan kepada UMNO kerana sehingga hari ini parti tersebut berjaya menjalankan tugas memelihara Islam, Melayu dan raja-raja dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah mengenai isu semasa pada kursus kepimpinan Perkasa di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, tidak dinafikan UMNO berhadapan dengan masalah dalaman serta mempunyai kelemahan tertentu, tetapi peranannya melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan Islam, Melayu dan raja-raja tidak boleh dinafikan.

"Bagi Perkasa sendiri kita akan terus membantu UMNO untuk berjuang memelihara Islam, Melayu dan raja-raja. Kita akan menjadi pelengkap peranan yang telah dilakukan oleh UMNO," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pilihan raya umum nanti merupakan pilihan raya yang begitu kritikal kepada orang Melayu.

"Kita perlu akui pilihan raya umum akan datang bakal menentukan jatuh bangunnya nasib orang Melayu. Apa yang saya bimbangkan juga adalah mengenai nasib dan masa depan Islam yang tercinta serta institusi raja-raja," katanya lagi.

utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Saturday, 16 June 2012

Puak PR Meroyan Sebab Parti Komunis China

14 Jun 2012, Akhbar Sinar Harian melaporkan delegasi Parti Komunis China (CPC) tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dan meminjamkan sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya.

Ketibaan setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.
  
jenggg.. jenggg.. jengggg...

Habis! meroyan puak-puak penyokong PR di laman komen Sinar Harian melalui fecebook.


Hahaha... Kepala Otak Hang lah!

Itu lah, Orang suruh belajar, sibuk nak berpolitik... tapi ilmu, pengetahuan am tak ada. Main cakapppp jer!

Pandangan Saudara Mohd Shahmazan lebih matang, beliau menyatakan bahawa "dalam Islam kita menjalankan persahabatan dengan bukan orang Islam adalah digalakkan. Sedangkan zaman rasulullah dan zaman pemerintahan islam dahulu pernah menjalinkan hubungn baik dengan negara bukan Islam. Jangaan lupa Negara Cina adalah negara yang besar boleh dikatakan negara yang kuat. Menjalinkan hubungan untuk kepentingn ekonomi, pendidikan. Bukan kita mengambil ideologi komunis mereka kita amalkan"


UMNO Benci Komunis?

YA! UMNO benci komunis yang pernah membunuh anggota polis di Bukit Kepong!
YA! UMNO benci komunis bawah pimpinan chin peng!
YA! UMNO benci bekas ahli komunis (bergerak melalui kongsi gelap)  yang membunuh melayu-melayu semasa tragedi 13 Mei 1969.

Tapi.. UMNO bukan benci negara komunis iaitu China!
UMNO tak pernah benci negara komunis seperti China, Cuba, Korea Utara, Laos, dan Vietnam .
Adakah disebabkan seorang makhluk yang bernama chin peng kita perlu benci  semua negara-negara komunis? Kembangkan la sikit minda tu...

Adakah disebabkan chin peng kita perlu bunuh warga-warga Vetnam yang bekerja dinegara kita? Sedangkan Negara kita pernah memberi pengampunan kepada ribuan ahli komunis di Tanah Melayu, dan kini mereka sedang hidup dengan senang dan berjiran dengan kita.

Puak-puak PR kena belajar sosial politik di China,
Puak-puak PR kena belajar tentang sejarah tamadun dunia.
Puak-puak PR kena belajar tentang sejarah perang dunia.
Puak-puak PR kena belajar apakah Ideologi Komunis.

Barulah dapat membezakan antara chin peng dengan komunis.

Negara kita telah merdeka... jadi jangan lah biarkan otak anda disempitkan!


??? yang puak DAP dan PAS dok sibuk-sibuk nak membela chin peng tu kenape pula?
Kepala otak hang lah!

Wednesday, 23 May 2012

Debat PTPTN - KJ vs Rafizi

Debat PTPTN  

PART 1



Agak mendukacitakan Rafizi banyak membuat tuduhan liar (tanpa bukti) dan banyak hanya idea, bukan fakta.

Ramai penyokong PR khasnya tidak berpuas hati apabila Khairy mematahkan kenyataan Rafizi dengan menganggap kenyataan tersebut seperti perbandingan antara epal dan rambutan.

yer lah, dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta kolej dengan ratusan ribu pelajar. kalau nak beri pendidikan percuma, maknyanya semua akan ditanggung oleh kerajaan termasuk golongan yang kaya raya. Itu baru kos belajar, belum masuk kos pengurusan dan sebagainya. Tak tahu lah kalau PKR nak cari sukarelawan yg mengajar atau, pembinaan universiti dibuat daripada batang buluh... mungkin mampu kot


PART 2



Buku Jingga yang menggariskan agenda PR jika memerintah akhirnya menjadi senjata makan tuan. menurut KJ , dalam buku jingga mengatakan bahawa kalau PR menang semua kontrak konsesi akan dibatalkan yang dibuat oleh kerajaan pusat. Tapi malangnya hingga sekarang, PR tidak mampu tunaikan di IPTS di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.


Pengerusi mengajukan soalan kepada KJ, mengapa nilai yang dikeluarkan kepada IPTS lebih tinggi dari IPTA?

KJ menjawab bahawa, kerajaan membayar kepada IPTS kerana kos yang mereka kenakan yang terlalu tinggi. ( IPTS adalah lebih pada perniagaan). Sedangkan IPTA 80% adalah ditanggung oleh kerajaan. (hampir kepada pendidikan percuma).


PART 3




Rafizi mengeluarkan fakta bahawa Turki yang memberi pendidikan percuma tetapi disangkal oleh KJ bahawa, baru-baru ini pelajar di turki telah melancarkan demonstrasi kerana membantah kenaikan yuran universiti di Turki.

Tahniah buat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang membahas dengan penuh ilmiah dan berfakta bukan dengan tuduhan liar


 
Artikel:
Waspada seloka pembangkang

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
10/04/2012

JUN tahun lalu, Hurriyet Daily News melaporkan tentang penahanan kira-kira 500 pelajar universiti di Turki. Ini termasuk 89 orang di Istanbul sahaja kerana mendesak supaya dilaksanakan pendidikan percuma di negara itu.

Pada 10 Mac lalu (tahun ini), media yang sama juga melaporkan sekurang-kurangnya tiga pelajar di sana bakal berdepan hukuman penjara sehingga maksimum 15 tahun atas isu serupa yang diperjuangkan sejak tahun 2010 lagi.

Tetapi pada akhir bulan lalu, tak pasal-pasal Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengambil contoh bagaimana Turki yang tiada sesen pun hasil minyak, mampu pula memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malah, 'berseloka' lagilah dia kononnya bahawa Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

Petikan kenyataan Anwar ini dalam dialognya di Subang Jaya itu ada kaitan dengan tuntutan pakatan pembangkang supaya dimansuhkan sahaja PTPTN lantas diberikan percuma sahaja dari pendidikan tadika sehinggalah pengajian universiti.

Beria-ria Anwar sampaikan sanggup berdusta lagi kepada rakyat Malaysia dengan mengambil contoh 'pendidikan percuma' di Turki. Tapi yang demonstrasi pelajar-pelajar Turki itu apa ke halnya, apakah isunya?

Kita tak payah pergi jauh. Kalaulah ikhlaslah pembangkang hendak hapuskan PTPTN - yakni tanggung percuma pelajar untuk mengikuti pembelajaran di universiti, lupuskan hutang peminjam PTPTN yang khabarnya mencecah RM43 bilion dan bayar pula rebat kepada pelajar yang sudah bayar penuh PTPTN - kenapakah semasa berada dalam kerajaan dahulu, dia sendiri terlibat sama meluluskan PTPTN.

PTPTN diluluskan pada 18 September 1996. Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Pastilah ketika itu Anwar nampak penuh signifikan dari mata hatinya mengapa penting dilaksanakan PTPTN ini. PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Asas penubuhannya adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk berumur 17 hingga 23 tahun memasuki pendidikan tertiari menjelang 2020. Pada masa sama, PTPTN akan menyediakan sumber manusia - maksudnya pelajar di universiti waktu ini - yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi menjelang Malaysia sebagai negara nanti.

Ada pihak melontarkan pandangannya kepada penulis. Mengapa pada 1996 itu begitu beria-ria Anwar menyokong PTPTN dan sekarang pula 2012 begitu juga beria-ria dia mendesak dihapuskan PTPTN untuk pendidikan percuma. Kata pihak berkenaan, bukankah sikap 'sesumpahnya' itu disebabkan Anwar berimpian besar mahu menjadi Perdana Menteri? Biarlah kita sendiri menilainya.

Menuntut ilmu bukan percuma. Mengapakah kira-kira 200,000 pelajar asing sanggup datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu? Mereka sanggup membayar berapa sahaja kerana negara ini diyakini sebagai hab pendidikan utama buat mereka. Dari Timur Tengah, China dan sebutlah negara mana, warganegaranya kini berada di Malaysia untuk menuntut ilmu.

Mencari ilmu menuntut komitmen diri. Kalau semuanya 'free', tidak akan tersemat dalam diri kita untuk menghargai ilmu yang kita kejar. Akhirnya, ia akan mendidik masyarakat untuk tidak bersyukur atas nikmat yang ada. Dalam Islam pun disebut tuntutan kita untuk menimba ilmu.

Apabila bapa Imam Shafie meminta Imam Maliki supaya mengajar anaknya itu, maka berkatalah Imam Maliki bahawa Imam Shafie perlu melepasi penilaian terlebih dahulu sebelum diterimanya. Sebab itulah ulama-ulama dahulu kala sanggup belayar jauh untuk menimba ilmu. Sebab ilmu itu menuntut komitmen yang tinggi. Tak perlulah kita pergi jauh. Di bandar-bandar utama seperti di Shah Alam, ibu bapa akan berusaha mencari pusat tuisyen terbaik untuk anak mereka yang bakal menduduki SPM, PMR dan UPSR. Mereka mahu anak mendapat semua A dalam semua matapelajaran. Dan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang yang banyak. Tak ada yang percuma untuk mendapat hasil terbaik.

Dengan Malaysia kini menjadi hab pendidikan utama untuk warga asing, ia sekali gus mencerminkan pembangunan pendidikan kini jelas merupakan sumber ekonomi baru. Dengan kini 400,000 pelajar sahaja yang mengambil SPM setiap tahun dan tiga empat tahun lagi mencapai 500,000 hingga 600,000 orang, maka tidak mustahil akan berlaku limpahan pelajar yang akan memasuki menara gading. Di situ itu nanti, macam mana kita nak korek duit kalau tidak dibayar untuk pembelajaran?

Pakatan pembangkang hari ini akan berkata ''boleh! boleh! boleh! kita boleh buat dalam melaksanakan pendidikan percuma dari tadika hinggalah peringkat universiti". Tapi tengoklah rekod mereka baru empat tahun memerintah di beberapa negeri. Mana janji nak hapuskan tol Sungai Nyior di Pulau Pinang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Apa dah jadi dengan janji nak lupuskan cukai pintu di Selangor. Mengapa bila sepatutnya dibina satu lagi UiTM di Selangor iaitu di Serendah, berpindah pula tapaknya ke Melaka hanya kerana gara-gara sikap 'kebudak-budakan' Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dek gagal menerajui Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Kerana itu, bagi pelajar universiti kita tak perlulah untuk jadi 'hero' semata-mata berjaya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri. Untuk dilabel 'hero kampus' bukan bermakna anda berupaya memimpin demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN. Menjadi hero kampus sebenar ialah bagaimana anda berjaya memperoleh atau mengumpul Purata Gred Nilai Kumulatif (CGPA) terbaik.

Sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/ penerima biaya PTPTN diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Dan kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang ialah pelajar Melayu dengan amaun RM47. 2 juta. Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya. Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan lumayan gajinya.

Penulis percaya kalau disemak rekod pendemonstrasi dari kalangan pelajar Melayu di PWTC tempoh hari atau mereka yang bakal 'berarak' ke Dataran Merdeka minggu ini, pasti sebahagian besarnya tidak mencapai pun 2.5 CGPA mereka. Cuba tanya si Adam Adli berapa CGPA dia?

Kerana itulah juga amat penting bagi sesiapa yang berada di pentas ceramah pembangkang, dapat menilai dari mata hati akan setiap bait-bait ungkapan yang keluar dari mulut si penceramah. Lebih-lebih lagi apabila bercakap pasal agama, mengeluarkan hadis tertentu atau 'tak pangkah dia, tak masuk syurga'.

Balik ke rumah, semak semula tafsiran hadis itu. Kadang-kala kita takut hendak persoalkan apabila si polan bercakap 'bab-bab' agama. Tetapi sepatutnya itulah tuntutan dalam Islam - kita perlu cari kebenaran. Ini bagi mengelak kita terpedaya dengan janji manis seseorang. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm