Saturday 11 May 2013

UMNO adil tanpa mengira kaum

Share on :



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.
   
Najib yang juga Presiden Umno berkata sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

Apabila bercakap tentang bangsa, maknyanya ia menyentuh tentang bahasa dan cara hidup.

Ya..Umno bukan parti rasis...

Benar... 

Buktinya SJK dikekalkan... walaupun di SJK hanya menggunakan Bahasa Malaysia dalam urusan rasmi diperingkat pentadbiran sahaja. Ini membuktikan UMNO dan BN mengamalkan dasar yang adil dan saksama kepada semua bangsa.

Benar... 

Buktinya semua bangsa diberi hak untuk mengunakan bahasa ibunda masing-masing... Ini membuktikan UMNO dan BN mengamalkan dasar yang adil dan saksama kepada semua bangsa..Bukan seperti di Indonesia. 

Benar....

Buktinya segala bantuan diberi kepada rakyat tanpa mengira bangsa.... sehinggakan tauke kedai motor, tauke nelayan  juga menerima BR1M.... 

so apa lagi mau?

Perkara yang telah dipersetujui di era kemerdekaan, jangan bikin kecoh la Suqiu... (Tuntutan Suqiu)

"Inilah formula terbaik Umno (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita (Umno dan Barisan Nasional) tidak akan benarkan politik sedemikian...opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra.


Sempena ulang tahun Umno ke-67 hari ini, Najib mengajak pemimpin dan anggota Umno supaya bermuhasabah dan menginsafi diri dengan memperbetulkan kelemahan bagi menarik semula sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
   
"Yang sokong, kita ucap terima kasih. Yang tidak undi, kita tanya diri balik bagaimana pada pilihan raya umum akan datang mereka boleh sokong kita.
   
"Jangan angkuh dan sombong. Kita berjaya kerana rakyat suka, sokong dan percaya. Ingatkan diri sepanjang masa, tak kira pemimpin besar atau akar umbi Umno bahawa kesudahannya rakyat yang akan tentukan kelangsungan dan kekuasaan parti (Umno)," katanya.
   
Perdana Menteri mengingatkan anggota Umno di semua peringkat supaya melaksanakan segala aku janji dan bersikap mesra rakyat bagi memastikan parti keramat orang Melayu itu dapat menyambut kejayaan yang lebih besar pada lima tahun akan datang.  
   
"Marilah kita semua berusaha sebagai satu pasukan dalam satu ikatan perpaduan kukuh untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan membawa Malaysia yang lebih aman, makmur dan berjaya di bawah pimpinan Umno dan BN," katanya.
   
Najib turut menyifatkan Umno sebagai sebuah institusi politik paling berjaya di dunia kerana selepas 67 tahun, parti itu bersama rakan-rakan komponen dalam BN masih kekal mentadbir Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-umno-bukan-parti-rasis-1.159249










No comments:

Post a Comment