Friday, 31 May 2013

Menteri wajib fasih bahasa Mandarin

Share on :


Mau jadi menteri mesti fasih berbahasa Mandarin... pelik! tapi itulah akan berlaku suatu hari nanti jika negara Malaysia diperintah DAP.

Dong Zong telah menunjuk belang rasisnya dengan mempertikaikan perlantikan perlantikan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching kerana tidak fasih Mandarin. Menurut Dong Zong, kedua-dua pemimpin yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan. 

Alasan bodohnya adalah bagaimana dua pemimpin dari kaum cina itu akan mewakili kaun cina sedangkan mereka tidak fasih bahasa Mandarin.... kelakar memang kelakar.

kau ingat semua kaum cina tahu berbahasa Mandarin? Yang menjadi orang tengah antara rakyat dan kerajaan adalah ahli Parlimen dan Dun.... jadi apa masalahnya menteri di kementerian tidak fasih Mandarin?

Dong Zong memang rasis!



Dong Zong tidak wajar bangkitkan soal 'kecinaan' dalam isu menteri Kabinet

KUALA LUMPUR 30 Mei - Sikap ditunjukkan pertubuhan ekstremis, Dong Zong yang terlalu mengagung-agungkan sifat kecinaan adalah didorong oleh perasaan mereka yang masih beranggapan berada di Tanah Besar China.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, dalam masa sama, kumpulan tersebut tidak sanggup untuk kembali ke tanah asal kerana mengakui penghijrahan nenek moyang mereka dahulu ke tanah milik orang Melayu ini membawa kepada kehidupan yang jauh lebih terjamin.

Dalam hal ini katanya, Dong Zong tidak wajar membangkitkan soal 'kecinaan' berhubung pelantikan menteri Kabinet di negara ini.

"Tidak mahir berbahasa Mandarin bukanlah faktor utama yang menentukan ketokohan seseorang dalam kepimpinannya. Apatah lagi di Malaysia, bahasa yang menyatukan semua kaum adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Sekiranya menteri Cina itu tidak mahir berbahasa Mandarin, mereka boleh mempelajarinya dan ini bukan menjadi masalah besar," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai Dong Zong yang mempertikaikan pelantikan dua orang menteri berketurunan Cina dalam Kabinet yang tidak boleh berbahasa Mandarin sekali gus dianggap tidak layak mewakili kaum Cina.

Dua menteri yang dimaksudkan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Mengulas lanjut kata Hasan, Dong Zong sebenarnya adalah rasis apabila memperjuangkan hak hanya untuk kaum Cina sahaja, baik dari segi pendidikan mahupun budaya kaum itu.

"Apa yang akan berlaku apabila orang Melayu hanya memperjuangkan pendidikan, budaya dan kesemuanya berkaitan kaumnya sahaja dan kaum lain juga berbuat sedemikian.

"Tentunya jurang polarisasi kaum di negara ini akan menjadi lebih parah, maka tindakan Dong Zong perlu berpaksikan kepada perpaduan di antara kaum sebenarnya tanpa menebalkan sikap perkauman dalam diri kaum Cina," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130531/po_05/Dong-Zong-tidak-wajar-bangkitkan-soal-kecinaan-dalam-isu-menteri-Kabinet


Dong Zong perlu terbuka


KUALA LUMPUR 29 Mei - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima pelantikan dua menteri Kabinet daripada kaum Cina, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching secara terbuka kerana pelantikan itu dibuat atas dasar kredibiliti.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan tersebut juga adalah ‘bayaran’ kepada persatuan ekstremis Cina itu kerana menolak calon-calon MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Kebanyakan kaum Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum lalu dan menolak hampir sebahagian besar calon MCA dan Gerakan yang kebanyakannya berkaliber untuk diangkat sebagai menteri.

‘‘Jadi, kedua-dua calon itu adalah pilihan terbaik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas wakil MCA dan Gerakan menolak untuk berada dalam Kabinet,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau semalam berhubung kebimbangan Dong Zong dengan pelantikan dua menteri berketurunan Cina itu dalam Kabinet kerana mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.

Menurut Dong Zong, kedua-dua pemimpin yang hanya menamatkan sekolah Cina separuh jalan tersebut, tidak mungkin dapat mewakili mereka secara efektif sekali gus tidak layak digelar wakil kaum itu.

Paul yang juga Presiden Transparency International Malaysia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Mary (Ahli Parlimen Tawau daripada Parti Bersatu Sabah) diangkat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan Dong Zong itu, Mohamed Mustafa berkata, fasih berbahasa Mandarin bukan syarat untuk melayakkan seseorang itu menjadi menteri.

Katanya, satu-satunya bahasa yang semua warga negara ini wajib fasih adalah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.

‘‘Dong Zong tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Perdana Menteri itu. Mereka mendapat apa yang layak mereka dapat, jadi mereka harus terima.

‘‘Kerajaan pula tidak perlu lagi melayan kerenah mereka ini. Banyak bantuan telah disalurkan kepada sekolah Cina tetapi berapa banyak daripada mereka ini yang menyokong kerajaan,’’ soal beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130530/po_01/Dong-Zong-perlu-terbuka

lu sapa? peri mampus lu ‘‘Dong Zong!... puuiiiii!



No comments:

Post a Comment