Sunday 19 May 2013

Karpal meroyan rahsia DAP akan didedahkan

Share on :



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim akan dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.


SHAH ALAM – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.

“Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’DAP berkobar-kobar,” katanya.

Semalam, Karpal mahu Abdul Aziz menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.





Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah "rahsia" DAP

GEORGE TOWN 19 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi "rahsia" dalam parti itu kepada umum.

Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

"Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak.

"Sebagai seorang yang benar-benar gentleman beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penjual dan pengunjung Pasar Awam Island Park di Jalan Gangsa di sini.

Katanya Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Naib Presiden Transparency International telah dibawa masuk menyertai DAP pada 23 Ogos 2008 oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Tunku Abdul Aziz kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, pada 31 Mei 2009 dan dilantik sebagai senator pada Julai 2009.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lepas, Tunku Abdul Aziz telah mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. - BERNAMA



Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman


KUALA LUMPUR 19 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berikrar akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu walaupun menerima ‘ugutan’ agar menutup mulutnya atau terpaksa menghadapi tindakan undang-undang.

Menurut Tunku Aziz, beliau sedia disaman pada bila-bila masa walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh telah memberi amaran kepada beliau supaya tidak lagi menceritakan rahsia dalaman parti kepada umum.

"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya ‘tunduk’ kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.




No comments:

Post a Comment