Sunday 12 May 2013

Himpunan Haram DAP di Di Merlion Park

Share on :
SINGAPURA: Polis menahan 21 rakyat Malaysia selepas menunjuk perasaan di Merlion Park semalam, lapor akhbar Straits Times.

Apa kejadahnya puak-puak PR ini mengadakan himpunan di Singapura? 




Singapura Ambil Tindakan Terhadap Rakyat Malaysia Adakan Demonstrasi Di Merlion Park

PETALING JAYA: Sembilan rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam protes di Merlion Park, Singapura, telah diberikan amaran bersyarat kerana "mengambil bahagian dalam perhimpunan haram".

'Singapore Straits Times' melaporkan polis republik itu yang dipetik sebagai berkata pihak berkuasa sedang mengkaji pas kerja dan pas lawatan rakyat Malaysia yang terbabit.

"Majikan mereka akan dimaklumkan mengenai ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan," lapor akhbar harian itu.

Sembilan orang dipercayai telah memainkan peranan tertentu dalam menganjurkan bantahan yang menyalahi undang-undang di republik itu kerana tidak mempunyai permit polis.

Pada Rabu, kira-kira 100 orang, kebanyakannya rakyat Malaysia, telah berkumpul berhampiran mercu tanda Singapore Marina Bay pada kira-kira pukul 9.30 malam untuk membuat bantahan kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya umum Malaysia baru-baru ini.

Orang ramai, terutamanya yang berpakaian hitam membawa sepanduk.

Polis Singapura memberi amaran bahawa mana-mana demonstrasi luar sama ada 'flash mob' atau protes di republik itu bagi sebarang tujuan memerlukan permit polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata rakan dari Singapura akan mengendalikan siasatan terhadap perhimpunan haram.

"Kita tidak akan campur tangan kerana rakyat Malaysia telah didakwa melanggar undang-undang Singapura di Singapura. Kita mesti menghormati pihak berkuasa Singapura," katanya.

Sementara itu, AFP melaporkan polis Singapura sebagai berkata bahawa 21 rakyat Malaysia ditahan di Singapura pada Sabtu kerana mengadakan bantahan haram terhadap pilihan raya umum Malaysia.

Rakyat Malaysia ditahan di Merlion Park kerana mengadakan protes "walaupun telah dinasihati polis berulang kali" berhubung perhimpunan itu, polis bandar raya berkata dalam satu kenyataan.



Individu terbabit protes di Singapura perlu tanggung akibat: Pesurujaya Tinggi Malaysia

SINGAPURA: Protes di Singapura diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan dan menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan.

"Saya berharap rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura patut melihat kepada akibat bakal ditanggung mereka sebelum menyertai aktiviti haram," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Md Hussin mengulas laporan penahanan 21 rakyat Malaysia di republik ini pada Sabtu.


Menurut laporan media, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas mereka didapati mengadakan protes di Merlion Park, di sini.

Penahanan itu dibuat selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana "terbabit secara aktif dalam perhimpunan haram" di Merlion Park pada Rabu, apabila sekumpulan kira-kira 100 orang berhimpun untuk memprotes keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di Malaysia.

Md Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali untuk menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Reaksi ekstremis dan emosional tidak ada tempat dalam usaha pembinaan negara Malaysia yang stabil, makmur dan aman," katanya.
Polis Singapura sebelum ini menegaskan perhimpunan seumpama itu adalah melanggar undang-undang Singapura, dan rakyat asing yang dibenarkan bekerja atau tingga di negara ini, perlu mematuhi undang-undang republik itu.

"Mereka tidak patut membawa isu-isu dalam negara mereka ke Singapura dan mengadakan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana akan terdapat kumpulan yang berbeza pandangan.

"Mereka yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas," katanya





No comments:

Post a Comment