Monday 17 December 2012

Pakatan yang tak sepakat

Share on :

Gagal mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah yang bakal menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) jelas menunjukkan sememangnya DAP, PAS, PKR ini tidak sehaluan, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mengulas mengenai ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

Tambah beliau, walaupun hanya mempunyai tiga parti di dalam gabungan mereka namun keputusan besar untuk siapa yang layak diletakkan sebagai Perdana Menteri tidak mampu mereka lakukan sebulat suara yang mana ini jelas amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 13 parti gabungan.

"BN yang di anggotai oleh 13 parti jelas sepakat dan satu nada iaitu hanya mahukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka baru dalam kumpulan yang kecil tidak sepakat jadi bagaimana mereka mahu mentadbir negara...

Mengenai Calon Melayu yang kalah teruk dalam Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) membuktikan DAP hanyalah kumpulan yang beretorik, kononnya mengamalkan Malaysian Malaysia, sama rata tapi sama rata apa... kesemua calon Melayu gagal untuk terpilih dalam jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). "DAP yang selama ini berusaha untuk tampil sebagai parti pelbagai kaum hari ini menampakkan wajah cauvinis apabila tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC). " Baca selanjutnya..(link) dan kenyataa Tunku Abdul Aziz bahawa Ketiadaan calon Melayu bukti DAP parti cauvinis dan perkauman.

Jelas DAP hanya;
retorik tentang kesaksamaan
retorik tentang malaysian malaysia
retorik tentang demokrasi

Penambahan 13 kerusi DAP dalam PRU13 adalah untuk DAP menguasai PR.




No comments:

Post a Comment