Wednesday 6 June 2012

Parti politik bentang manifesto 2012 di RTM

Share on :


Berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka, parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. (6 Jun 2012 sinarharian.com.my/nasional/rais-kerajaan-benar-manifesto-parti-parti-politik-disiar-di-rtm-1.54266)

Tak kisah lah, apa pun manifesto yang akan disampaikan, kerana bercakap memang senang. semuanya akan kedengaran indah belaka.

Tapi yang sebagai rakyat perlu nilai, sejauh manakah kemampuan mereka untuk menunaikan janji-janji yang dilafaskan?

Ada orang kata, "mana tau, kita cuba dulu... kalau tak ok kita kalis balik.."
emmm kepala otak hang! 
Tak payah dok perjudi nasib.
Tuhan bagi otak, guna...!
cuba kita nilai balik apa yang dijanjikan pada pilihan raya 2008. Adakah ditunaikan?

Kalau yang dulu pun tak ditunaikan... Pembohong, semua tin kosong!

Jom kita tengok apa yang dijanjikan oleh parti-parti PR jika mereka dapat menawan sesebuah negeri.


Manifesto PKR


Antara janji-janji manis PKR yang terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif dibawah skop Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah ;

*Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
*Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
*Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
*Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.
*penyediaan rumah mampu milik kepada golongan muda.

Manakala dalam aspek Urustadbir Berwibawa pula ;

*Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah.
*Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
*Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
*Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
*Menghentikan campur tangan politik dana perniagaan
*Melarang ahli-ahli EXCO terlibat dalam perniagaan.

Kesimpulan... semua penipu!
1 pun tak ditunaikan.


Manifesto PAS

  • bantuan bulanan RM100 untuk warga emas
  • Melanjutkan cuti bersalin kepada tiga bulan bagi setiap kelahiran, dengan memberi kemudahan cuti bergaji tanpa had bilangan anak.
  • Kekalkan konsep negara Islam di Kelantan agar ianya menjadi contoh kepada Barisan Nasional (BN).
  • Bertekad melaksanakan rancangan pendidikan Kelantan dengan menggubal dasar kanak-kanak negeri Kelantan yang mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak dan pra-sekolah selain membina pusat ilmu Wilayah Selatan merangkumi kolej Pendidikan Tinggi Wanita, Pusat Pendidikan Pondok Antarabangsa dan Sekolah Menengah Agama (Arab).
  • Menawarkan skim takaful kelompok guru, kakitangan dan pelajar Yayasan Islam Kelantan secara percuma.
  • Melaksanakan rancangan untuk membimbing, membantu dan melatih wanita ke arah wanita berdikari dan mencapai kemajuan sosio-ekonomi.
  • Menyediakan Tabung Niaga Wanita Kelantan.
  • Membina kompleks sukan wanita yang dilengkapi stadium khas dan masjid.
  • Untuk belia Kelantan, PAS berjanji melaksanakan rancangan kesihatan awam, rancangan kesejahteraan awam dan rancangan digital awam dengan memperkasakan peranan pusat ICT Desa.
  • Dalam pembangunan tanah, PAS berjanji menjayakan program pemberian skim pemilikan tanah lot kediaman untuk semua rakyat.
  • Memperluaskan peranan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.
  • Melaksanakan pembangunan ladang komersial ala Kelantan dengan memperuntukkan tanah untuk diberi milik (sebagai saham) kepada rakyat miskin dan membuka peluang kepada golongan yang mampu untuk melabur.
PENIPU ! MUNAFIK!
Kata nak bagi bantuan, lagi pow duit rakyat utk bina lebuh raya.


Manifesto DAP

Ni lagi DEWA PENIPU BESAR! SEMBANG BESAR!
  • Menghapuskan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang (RM7 sekali masuk) dan Tol Sungai Nyior (50 sen sehala) 
Mana tol yang kata nak hapus tu? siap penaik kadar air domestik sebanyak 25% ( antara RM 2 – RM 5 sebulan). Bayaran surcharge pula sebanyak 24 sen pada 35 000 liter sebulan.
  • Bonus sebanyak RM6,000 setahun kepada keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah.
Rakyat yang bodoh saja percaya benda ni!
  • Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas
  • Menghapuskan bayaran parkir kereta pada hari Sabtu dan Ahad
Tak Hapus pun, tapi siap lanjutkan tempoh pembayaran parkir setiap hari sehingga 12 malam. Sedangkan era Kerajaan BN di Pulau Pinang, bayaran parkir hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. 

  • DAP Pulau Pinang berjanji untuk menyelamatkan tanah penduduk Kampung Buah Pala 
Anwar Ibrahim berjanji dalam tempoh 2 minggu masalah ini akan diselesaikan tetapi setelah DAP berkuasa Kampung Buah Pala memang dirobohkan sehingga SELESAI.


FIKIR...FIKIR.. FIKIR ....lalalalalala

No comments:

Post a Comment