Tuesday 31 July 2012

Promosi Arak DI Bulan Ramadhan

Share on :
Dulu semasa dibawah pentadbiran BN, pernah ada ura-ura mengatakan bahawa Pulau Pinang akan dibuka kelab kasino yang terbesar di Asia Tenggara.. tapi yang membuktikan bahawa UMNO tidak akan berdiam atas kemungkaran di Pulau Pinang.

Kini dibawah perajaan Pakatan Rakyat yang berat sebelah ( sebab tiada seorang pun ahli PAS dalam exco Penang) telah berjaya membina replika sebagai simbol promsi arak di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kepala Otak DAP.. ko ingat orang Islam buka puasa dengan arak ke?

Mungkin juga DAP cuba untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Pulau Pinang bahawa " Kini kami telah berkuasa.. so punya suka la, kita org mau bikin apa!"

Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan.

GEORGETOWN 31 Julai - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".

"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.

"Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. - BERNAMA.



Syabas buat Melayu Pulau Pinang kerana memilih pemerintah yang berani!
dan KURANG AJAR..!

No comments:

Post a Comment