Sunday 27 January 2013

PR janji ditepati?

Share on :


PANDAMARAN – Kerajaan negeri Selangor didesak menunaikan janji menurunkan cukai pintu 20 peratus dan harta komersil 10 peratus seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12) mereka.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata, hingga kini tidak nampak janji-janji itu akan direalisasikan.

Menurutnya, tindakan menabur janji itu seolah-olah cubaan memancing pengundi supaya menyokong mereka pada PRU12.

“Bagaimanapun, kini rakyat semakin sedar bahawa janji-janji yang dibuat itu sekadar omongan kosong. Justeru rakyat di Selangor harus bangun dan bangkit menuntut janji dibuat kerajaan PR,” katanya.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dun Pandamaran itu berkata, manifesto terbabit bukan hanya membabitkan cukai tetapi hak ibu tunggal dan warga emas.

“Ekoran kegagalan melunaskan janji-janji itu, kita akan bantu kira-kira 30,000 ibu tunggal di seluruh Selangor menuntut hak mereka dengan pampasan RM5,000 bagi setiap ibu tunggal.

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah sekali lagi dan tumpuan juga diberi kepada dua aspek iaitu berkenaan cukai pintu dan hak ibu tunggal,” katanya ketika bersama-sama kira-kira 300 ibu tunggal dan pembayar cukai di Dun Pandamaran mengadakan
bantahan aman mendesak kerajaan negeri menunaikan janji-janji dibuat melalui manifesto PRU12 di Jalan Pasar, semalam.

Turut serta, peguam dilantik, Kamaruddin Ahmad.

Kamaruddin berkata, Mahkamah Tinggi menolak hujah-hujah kerajaan negeri yang ingin membatalkan saman oleh  sejumlah ibu tunggal sebelum ini.

Menurutnya, penolakan itu dibuat memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam berpendapat janji-janji dalam manifesto kerajaan PR melahirkan harapan sahih kepada ibu tunggal bagi mendapatkan elaun sekiranya kerajaan PR menang dalam PRU lalu.

Desakan sama turut disuarakan penduduk di Pandan Perdana.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai berkata, seramai 30,000 penduduk di Pandan Perdana menuntut janji belum ditunaikan setelah empat tahun PR memerintah di Selangor.

“Rakyat tertipu dengan janji dan harapan diberi. Semuanya palsu dan hanya untuk meraih undi rakyat,” katanya pada sesi penjelasan peguam mengenai tuntutan janji Pakatan Rakyat (PR) bersama penduduk Pandan Perdana.

Ah Chai berkata, cukai pintu harta komersil di Pandan Perdana adalah RM360 setahun dan kediaman pula,  RM171 untuk setengah tahun. Rakyat masih ternanti-nanti penurunan cukai dijanjikan.

Penduduk Pandan Perdana turut mengumpulkan tandatangan bagi memfailkan saman tuntutan janji tersebut melalui firma Kamarudin & Partners. Sumber

BARU NAK TAU PR PENIPU BESAR...!
Manifesto  2008 belum tertunai. (Klik)
Lagu khas untuk PR (Klik)



No comments:

Post a Comment