Tuesday 27 November 2012

Haramkan Dong Zong

Share on :

Kerajaan digesa memberi amaran keras terhadap Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya tidak melemparkan pelbagai tuduhan yang boleh membakar api perkauman.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, langkah itu perlu bagi memastikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi rakyat negara ini dapat dikekalkan. (Sumber).

Aku amat bersetuju dengan desakan 'Pemenang', bukan itu sahaja malahan patut diharamkan persatuan Dong Zong yang rasis ini, iaitu anti Melayu! (sumber1 dan sumber2). Bukan itu sahaja, malahan Dong Zong lebih bersikap 'cauvinis' , pelampau dan cuba memupuk kebencian terhadap kerajaan! (sumber).

Haramkan dan bubarkan Dong Zong yang jelas;
  • bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
  • sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).

Di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa, Dong Zong sepatutnya lebih prosefional, dalam menjayakan sesuatu misi kerajaan yang dapat memberi kebaikan bersama, bukannya asik nak jadi hero bangsa. Janganlah 'cauvinis' sangat dengan hanya mementingkan kaum Cina sahaja tanpa memikirkan agenda nasional yang lebih besar melibatkan semua kaum di Malaysia.

Kita berpijak dibumi Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menjelaskan bahawa bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Dimana pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat  perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. ( Rujuk : It's Malaysian language, not Melayu).

Demi perpaduan, ahli-ahli akademik Melayu berkorban, istilah Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia.

Sekarang ini, dimanakah pula tanggungjawab Dong Zong kepada negara Malaysia? Adakah Dong Zong berbangga dengan melahirkan warga Malaysia yang tidak tahu bahasanya sendiri?

Semua orang kenal bahawa Tan Sri Lee Lam Thye dan Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim adalah orang cina walaupun fasih berbahasa Malaysia. Jadi apa yang nak takutkan sangat?

Dong Zong patut sedar dan berterima kasih kepada Malaysia, kerana kerajaan Malaysia membenarkan SJK beroperasi di Malaysia walaupun SJK adalah salah satu penghalang perpaduan.

Apa yang negara minta, semua warga dapat menguasai Bahasa Malaysia agar perpaduan dikalangan rakyat dapat dipupuk. Itu pun susah ke Dong Zong? Janganlah tamak!... hakkk puiii!



No comments:

Post a Comment