Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. (baca)
Pengganas Sulu Ajaran Sesat
Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.
Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.
Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.
Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.
Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis. (Sumber)
Pasukan Keselamatan menjumpai kubur pengganas Sulu.
Pengganas Sulu menghimpun mayat rakan mereka dalam sebuah lubang.
Adakah ini cara Islam kebumikan jenazah?
No comments:
Post a Comment