Saturday 8 September 2012

Tak patut maafkan Ammar dan Sing Yee

Share on :

Perlukah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaafkan dua makhluk yang tiada akhlak seperti Ong Sing Yee dan Muhammad Ammar?
Andaikata PM memaafkan mereka sekalipun, undang-undang tetap diteruskan agar ia menjadi pengajaran untuk semua warga Malaysia dalam menghayati Rukun Negara yang ke lima.

Jika PM maafkan mereka dan tiada undang-undang diambil terhadap mereka, aku yakin perkara-perkara sebegini akan berulang lagi. Buktinya dulu Namewee pernah menghina Undang-Undang Negara, PDRM dan kaum Melayu, akhirnya dia diberi kemaafan dan dilayan seperti putera raja. 
Apa yang rakyat nampak, kerajaan Malaysia amat baik hati... you buat, and then you say sorry..settle!
Maka kini lahirlah pula Ong Sing Yee dan Muhammad Ammar. Kerana mereka tahu selepas ini, mereka akan diberi kemaafan dan mereka akan dilayan seperti anak emas.

Prinsip ke lima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan adalah menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.



No comments:

Post a Comment