Friday 1 June 2012

Melayu Mudah Lupa Kerana Malas Berfikir

Share on :


Hadi: PM tetap Melayu Islam jika PR menang

wow,, bunyi menarik.. Melayu Islam mana yang tak nak lihat PM adalah dikalangan kaum yang seagama dengannya. 

 1 Jun 2012 
(http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-pm-tetap-melayu-islam-jika-pr-menang-1.52647)

ALOR SETAR - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 

hihihihihi... Itu Datuk Seri yang kata, macam mana dengan DAP?
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini. 

Pilihan raya bukan kira bilangan kaum, tetapi ikut bilangan kerusi yang dimenangi.
  
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.

Perlembagaan Malaysia tu betul! tapi serolusi PR tu, leh caya ke...? 
EH! Ape Perlembagaan Malaysia, Islam sebagai agama persekutuan? Aik, Mengaku juga Malaysia ni negara Islam.. emmmm dulu bukan main, kafir mengkafir. hahahahah

Ape Raja berpelembagaan? amboi, Datuk Seri sorang saja kot, yang pegang dengan Raja Berpelembagaan, (Menghormati Sultan). yg pertikai kekayaan Sultan dengan plat www1 tu... leh caya ke? 



"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.

Tidur ke ?
  
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.

Pernah menyatakan? oooo mcm tu,,, dulu dia kata,... dulu kan awak kata...
APA DULU-DULU? BILA SAYA CAKAP?... LU JANGAN REKA-REKA CITA MA!
  
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.

Aduhai,,,, Tuk Pa... Tuk Pa
  
Lupakah kita dengan sejarah, bagai mana org inggeris menjajah kita, bermula dengan ingin menasihati (penasihat),,, akhirnya, satu demi satu negeri tergadai.

Lupakah kita, bagaimana Iraq dijajah? katanya nak tolong jaga keamanan,,, tapi?

KEPALA OTAK LAH! 

Parti mana yang tidak mahu memerintah negara? kalau tak nak memerintah, ape guna mereka tubuh parti politik untuk bertanding? lebih baik mereka tubuhkan NGO dibawah naungan PAS. Kenape setiap parti ada idologi masing-masing? kenapa mereka habiskan wang untuk bertanding? 
KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Jawapanya.. mereka ingin memerintah negara melalui demokrasi iaitu pilihan raya.

No comments:

Post a Comment