Sunday 27 January 2013

PR janji ditepati?



PANDAMARAN – Kerajaan negeri Selangor didesak menunaikan janji menurunkan cukai pintu 20 peratus dan harta komersil 10 peratus seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU12) mereka.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata, hingga kini tidak nampak janji-janji itu akan direalisasikan.

Menurutnya, tindakan menabur janji itu seolah-olah cubaan memancing pengundi supaya menyokong mereka pada PRU12.

“Bagaimanapun, kini rakyat semakin sedar bahawa janji-janji yang dibuat itu sekadar omongan kosong. Justeru rakyat di Selangor harus bangun dan bangkit menuntut janji dibuat kerajaan PR,” katanya.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dun Pandamaran itu berkata, manifesto terbabit bukan hanya membabitkan cukai tetapi hak ibu tunggal dan warga emas.

“Ekoran kegagalan melunaskan janji-janji itu, kita akan bantu kira-kira 30,000 ibu tunggal di seluruh Selangor menuntut hak mereka dengan pampasan RM5,000 bagi setiap ibu tunggal.

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah sekali lagi dan tumpuan juga diberi kepada dua aspek iaitu berkenaan cukai pintu dan hak ibu tunggal,” katanya ketika bersama-sama kira-kira 300 ibu tunggal dan pembayar cukai di Dun Pandamaran mengadakan
bantahan aman mendesak kerajaan negeri menunaikan janji-janji dibuat melalui manifesto PRU12 di Jalan Pasar, semalam.

Turut serta, peguam dilantik, Kamaruddin Ahmad.

Kamaruddin berkata, Mahkamah Tinggi menolak hujah-hujah kerajaan negeri yang ingin membatalkan saman oleh  sejumlah ibu tunggal sebelum ini.

Menurutnya, penolakan itu dibuat memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam berpendapat janji-janji dalam manifesto kerajaan PR melahirkan harapan sahih kepada ibu tunggal bagi mendapatkan elaun sekiranya kerajaan PR menang dalam PRU lalu.

Desakan sama turut disuarakan penduduk di Pandan Perdana.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai berkata, seramai 30,000 penduduk di Pandan Perdana menuntut janji belum ditunaikan setelah empat tahun PR memerintah di Selangor.

“Rakyat tertipu dengan janji dan harapan diberi. Semuanya palsu dan hanya untuk meraih undi rakyat,” katanya pada sesi penjelasan peguam mengenai tuntutan janji Pakatan Rakyat (PR) bersama penduduk Pandan Perdana.

Ah Chai berkata, cukai pintu harta komersil di Pandan Perdana adalah RM360 setahun dan kediaman pula,  RM171 untuk setengah tahun. Rakyat masih ternanti-nanti penurunan cukai dijanjikan.

Penduduk Pandan Perdana turut mengumpulkan tandatangan bagi memfailkan saman tuntutan janji tersebut melalui firma Kamarudin & Partners. Sumber

BARU NAK TAU PR PENIPU BESAR...!
Manifesto  2008 belum tertunai. (Klik)
Lagu khas untuk PR (Klik)



Friday 25 January 2013

DAP Didakwa Pinggirkan Kaum India


Bersihkan kepincangan di dalam DAP sebelum berhasrat memperbetulkan pihak yang lain.

Itu desakan ahli akar umbinya kepada kepimpinan DAP.

Jika tidak, ujar mereka, parti tindakan demokratik itu wajar diubah kepada parti autokratik atau yang bersifat kuku besi.

Pengerusi DAP Taman Dahlia, Seremban, Richard Francis siang tadi membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, ROS.

Ia berkaitan proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat, CEC DAP.

Laporan sama turut dibuat setiausahanya, S.Kartiany, Isnin lalu.

Dakwa beliau, CEC parti itu dilihat meminggirkan perwakilan kaum India.

Persoalan beliau, mengapa Pengerusi DAP Karpal Singh enggan mengadakan pemilihan semula dengan audit bebas.

Langkah itu katanya mampu membersihkan imej DAP.

Sekian lama menyertai DAP, beliau mengakui keadaan parti itu juga tidak seperti yang digambarkan.

 RICHARD FRANCIS / PENGERUSI DAP TAMAN DAHLIA, SEREMBAN
"Setelah saya menceburi bidang DAP all fraudlah we don't know from outside we see their hero man of justice can see Mr Guan Eng man of justice, prince of justice now we want justice in party justice not practiced

Dari Sinar Harian, Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang.

Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.

Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

"Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.- Bernama



Friday 18 January 2013

Penyebaran bible dikalangan pelajar Melayu


Sedang umat Islam sibuk bantah penggunaan kalimah Allah dalam bible, ada pula beberapa pendakwah kristian giat menyebarkan bible kepada pelajar Melayu.

Memang cari pasal betul la dia orang ni! (klik lihat gambar sebagai bukti... )

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. (Klik untuk baca seterusnya)

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari kelmarin apabila kelibat dua lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan turun dari sebuah Honda Accord sebelum ke pintu pagar sekolah menantikan masa pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang. Remaja, Mohammad Fazmin Premna Zeer, 20, berkata, dia melihat kejadian itu ketika membantu neneknya membuka gerai makanan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong. (Sumber)


Laporan Polis dibuat.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong.

Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail, berkata perbuatan dipercayai dilakukan oleh kakitangan gereja itu menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. (Klik untuk baca seterusnya).


Henti cetak, edar Bible dalam bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) menggesa pihak berkenaan menghentikan pencetakan kitab Bible versi bahasa Melayu yang dilihat boleh mengelirukan dan memecah belahkan umat Islam.

Wakilnya, Aminuddin Yahaya yang merupakan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia berkata, isu tersebut tidak akan wujud sekiranya semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu.

"Larangan itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang berlaku sekarang kerana usaha mencetak dan mengimport kitab Bible tidak disekat.

"Ibarat lalat yang datang kerana adanya bangkai. Buang bangkai hilanglah lalat tersebut. Jadi pihak kami percaya jika langkah sedemikian diambil, isu salah guna kalimah Allah tidak timbul," katanya selepas membuat laporan berhubung isu kalimah Allah dibuat di Balai Polis Travers di sini hari ini. (Sumber)




Sunday 13 January 2013

Eksploitasi kanak-kanak dalam politik

Para peserta Himpunan Shamsidar yang terdiri daripada penyokong-penyokong parti pembangkang didapati melanggar beberapa syarat ditetapkan pihak polis meskipun pihak penganjur diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini bersetuju mematuhinya.

Kesemua syarat tersebut tertakluk kepada peruntukan Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam serta perlindungan hak serta kebebasan orang ramai.

Antara syarat yang jelas dilanggar oleh para peserta ialah membawa kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. (klik untuk baca lebih lanjut)


Ibubapa yang bodoh tak de otak



Abang dukung adik, ayah tak larat!







Ayah takut nak pakai baju kuning, disuruhnya anak pula yang pakai.










VIDEO




Reaksi beberapa pemimpin

"SUDAH tiba masa bagi kerajaan mengetatkan lagi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan memperuntukkan hukuman lebih keras ke atas peserta demonstrasi yang membawa kanak-kanak. Tindakan tegas itu perlu kerana mereka menyalahgunakan kebebasan yang diberi kerajaan dengan membawa anak-anak menyertainya." - DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

"TINDAKAN membawa kanak-kanak dalam perhimpunan itu suatu provokasi terhadap polis bertujuan mencetuskan situasi huru-hara. Mereka cuba mencabar pihak berkuasa, apabila suasana kecoh dan huru-hara timbul, sudah tentu kemudian mereka akan salahkan pihak berkuasa." - MOHD. HASRI MOHD. HADZIR, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC),

"KETEGASAN itu perlu memandangkan tindakan ibu bapa atau peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan itu menunjukkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini satu manipulasi terhadap kanak-kanak, saya yakin anak-anak tersebut sendiri tidak mengerti tujuan himpunan tersebut." - MOHAMED MALIKI MOHAMED RAPIEE, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

"TINDAKAN peserta membawa kanak-kanak itu jelas cuba mengambil kesempatan terhadap sikap diplomasi dan toleransi pihak keselamatan dalam himpunan kali ini. Sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan, sudah tentu mengundang bahaya terhadap keselamatan kanak-kanak terbabit dan pihak penganjur kemudian akan menyalahkan polis." - SHAFIE BAKRI, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri.

"KETEGASAN itu perlu untuk memberi mesej kepada ibu bapa sekali gus mencegah perkara itu berulang. Ini bukan perkara yang boleh dipermainkan, adakah ibu bapa tidak sedar bahaya apabila terjadi pertelagahan semasa perhimpunan itu." - TAN SRI ZALEHA ISMAIL, Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia.

"JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bertindak ke atas ibu bapa terlibat yang terbukti melakukan kesalahan itu menerima hasil siasatan polis." - DATUK NORIAH KASNON, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - UTUSAN


Thursday 10 January 2013

Pulau Pinang berdepan bankrap


PULAU PINANG 9 Jan. - Pulau Pinang dikhuatiri berdepan dengan ancaman bankrap berdasarkan pembentangan bajet defisit buat kali ketiga berturut-turut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Tiek berkata, kebimbangan itu berasaskan kepada pembentangan bajet oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada November tahun lalu yang menyaksikan Pulau Pinang mengalami bajet defisit sebanyak RM262.04 juta.

"Perkara ini sangat membimbangkan rakyat dan sekiranya dibiarkan berterusan tanpa ada langkah konkrit diambil, negeri ini sedang menuju ke arah bankrap.

"Sehubungan itu, kami mahukan Guan Eng memberi penjelasan dan berharap pihaknya dapat berbuat demikian sebelum Isnin depan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130110/po_06/Pulau-Pinang-berdepan-bankrap

.

Monday 7 January 2013

Helah politik DAP pancing undi Melayu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad


PUTRAJAYA - Perubahan mengejut keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP merupakan satu helah politik parti itu untuk memancing undi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

DAP, katanya, terpaksa memperbetulkan keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata, strategi DAP yang mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu.

"Itu bukan silap (DAP). Cara (pemilihan) itu betul tetapi apabila DAP mendapati tiada langsung pemimpin Melayu dalam DAP, dia (DAP) kata dia silap.

"Tak kan lah begitu bodoh sekali sehingga nak kira undi pun tak tahu. Kalau dia (DAP) tak tahu nak kira undi, tak payah lah nak jadi kerajaan.
  
"Itu satu political 'ploy' (helah politik). Ini semua mengarut. Sebenarnya, semua calon Melayu tidak terpilih langsung," katanya apabila diminta mengulas kesilapan keputusan pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

Sebelum itu, Dr Mahathir menghadiri sesi dialog bersama anggota Kelab Veteran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

DAP yang didominasi kaum Cina dikritik pelbagai pihak apabila kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan CEC tersingkir setelah kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP bulan lepas.

Namun, pada minggu lepas, DAP mengumumkan berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Zairil Khir Johari yang pada mulanya kalah, menjadi calon Melayu tunggal yang memenangi pemilihan CEC. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/politik/dr-m-helah-politik-dap-pancing-undi-melayu-1.118944