Tuesday 29 May 2012

Papa Gomo Dedah Video Eksklusif Pembangkang

PANAS..!!! SENSASI !!!



Papa Gomo akan dedahkan Video Eksklusif di blognya ( http://www.papagomo.com ) pada jam 9 mlm nanti!

Dengan niat untuk menyedarkan rakyat Malaysia siapa dia pemimpin Pembangkang ini. Papa Gomo akan keluarkan satu video yang baik untuk semua rakyat Malaysia agar mengetahui moral pemimpin Pembangkang dan agenda mereka dalam menjahanamkan Malaysia.

So... tunggu dan sebar2kan
nantikan di papagomo.com

Monday 28 May 2012

DAP parti rasis


‘Bukti DAP parti rasis’


KUALA LUMPUR 27 Mei - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri bakal dilantik daripada kalangan orang bukan Melayu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, permainan politik DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.

“Sebelum itu saya mahu DAP jawab, jika pakatan pembangkang menang adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan?

“Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara itu tidak mampu dicapai,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran MCA Wangsa Maju di sini hari ini.

Tegas beliau, DAP yang 99 peratusnya terdiri orang Cina dilihat semakin berubah kerana terlalu gilakan kuasa.

“Sebab itu mereka terpaksa menanggung malu kerana terpaksa berbaik dengan Pas hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.

“DAP juga menganggap orang Cina tidak ada pilihan selain mengundi mereka sedangkan, mereka lupa MCA telah lama terbukti berjaya memajukan negara dengan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi," katanya.

Sementara itu, Soi Lek turut menyifatkan parti-parti dalam pembangkang sekarang tidak lagi demokratik berbanding BN.

“Lihat DAP yang Lim Kit Siang memegang jawatan penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agung yang tidak perlu bertanding untuk mendapat jawatan itu, ia samalah seperti jawatan Presiden dan Mursyidul Am dalam Pas.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) paling hebat, mesyuarat tertinggi parti boleh diadakan di dalam rumah sahaja sebab parti itu diketuai oleh keluarga dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya pula Naib Presiden, Nurul Izzah," katanya sinis.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


DAP lakukan apa sahaja hapus keistimewaan Melayu


JASIN 27 Mei - Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat kuasa rakan sekutunya, Pas jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan akan dihapuskan.

Pada ketika itu menurut beliau, keamanan yang dinikmati seperti hari ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang perasaan saling menghormati antara kaum.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika mereka berkuasa.

“Atas sebab itu kita lihat Pas tidak berani menamakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Felcra Lembang Kesang, di sini malam tadi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm


Karpal tidak hormati sentimen rakyat


KUALA LUMPUR 27 Mei - Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) mengecam kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu berjuang memastikan jawatan Perdana Menteri disandang oleh orang bukan Melayu.

Ahli Kehormatnya, Datuk Ahmad Maslan berkata, kenyataan berbau perkauman yang dikeluarkan jelas menunjukkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut tidak menghormati sentimen masyarakat majoriti di negara ini.

''Permas yang dianggotai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebulat suara mengutuk dakwaan Karpal. Sangat jelas beliau tidak memahami sejarah kewujudan sebuah negara bangsa Malaysia.

"Melihat dari sudut sejarah, kesemua enam Perdana Menteri setakat ini yang merupakan orang Melayu tidak pernah mengabaikan hak kaum lain kerana jawatan Perdana Menteri bukan mewakili sesuatu kaum tetapi rakyat Malaysia,'' katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Permas Pertama di sini hari ini.

Mesyuarat yang dihadiri kira-kira 300 ahli Permas dari seluruh negara tersebut turut bersetuju menggesa Karpal supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbau perkauman yang boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

Tambah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, dakwaan tersebut juga jelas tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini kerana pemilihan Perdana Menteri adalah berlandaskan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya.

"Malah dalam barisan menteri Kabinet terdapat menteri-menteri kanan yang terdiri daripada orang bukan Melayu dan bukan dibolot oleh orang Melayu sahaja," katanya.

Selain itu, mengulas mengenai kenyataan The Wall Street Journal yang menyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya mengaku salah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika menyertai Bersih 3.0, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, perkara itu terpulang kepada mahkamah kerana pengakuan telah pun dibuat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN - KJ vs Rafizi

Debat PTPTN  

PART 1



Agak mendukacitakan Rafizi banyak membuat tuduhan liar (tanpa bukti) dan banyak hanya idea, bukan fakta.

Ramai penyokong PR khasnya tidak berpuas hati apabila Khairy mematahkan kenyataan Rafizi dengan menganggap kenyataan tersebut seperti perbandingan antara epal dan rambutan.

yer lah, dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta kolej dengan ratusan ribu pelajar. kalau nak beri pendidikan percuma, maknyanya semua akan ditanggung oleh kerajaan termasuk golongan yang kaya raya. Itu baru kos belajar, belum masuk kos pengurusan dan sebagainya. Tak tahu lah kalau PKR nak cari sukarelawan yg mengajar atau, pembinaan universiti dibuat daripada batang buluh... mungkin mampu kot


PART 2



Buku Jingga yang menggariskan agenda PR jika memerintah akhirnya menjadi senjata makan tuan. menurut KJ , dalam buku jingga mengatakan bahawa kalau PR menang semua kontrak konsesi akan dibatalkan yang dibuat oleh kerajaan pusat. Tapi malangnya hingga sekarang, PR tidak mampu tunaikan di IPTS di negeri-negeri yang diperintah oleh PR.


Pengerusi mengajukan soalan kepada KJ, mengapa nilai yang dikeluarkan kepada IPTS lebih tinggi dari IPTA?

KJ menjawab bahawa, kerajaan membayar kepada IPTS kerana kos yang mereka kenakan yang terlalu tinggi. ( IPTS adalah lebih pada perniagaan). Sedangkan IPTA 80% adalah ditanggung oleh kerajaan. (hampir kepada pendidikan percuma).


PART 3




Rafizi mengeluarkan fakta bahawa Turki yang memberi pendidikan percuma tetapi disangkal oleh KJ bahawa, baru-baru ini pelajar di turki telah melancarkan demonstrasi kerana membantah kenaikan yuran universiti di Turki.

Tahniah buat Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno Malaysia, yang membahas dengan penuh ilmiah dan berfakta bukan dengan tuduhan liar


 
Artikel:
Waspada seloka pembangkang

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
10/04/2012

JUN tahun lalu, Hurriyet Daily News melaporkan tentang penahanan kira-kira 500 pelajar universiti di Turki. Ini termasuk 89 orang di Istanbul sahaja kerana mendesak supaya dilaksanakan pendidikan percuma di negara itu.

Pada 10 Mac lalu (tahun ini), media yang sama juga melaporkan sekurang-kurangnya tiga pelajar di sana bakal berdepan hukuman penjara sehingga maksimum 15 tahun atas isu serupa yang diperjuangkan sejak tahun 2010 lagi.

Tetapi pada akhir bulan lalu, tak pasal-pasal Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mengambil contoh bagaimana Turki yang tiada sesen pun hasil minyak, mampu pula memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Malah, 'berseloka' lagilah dia kononnya bahawa Recep Tayyib Erdogan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya dari peringkat rendah hingga universiti walaupun baru tiga tahun memerintah Turki.

Petikan kenyataan Anwar ini dalam dialognya di Subang Jaya itu ada kaitan dengan tuntutan pakatan pembangkang supaya dimansuhkan sahaja PTPTN lantas diberikan percuma sahaja dari pendidikan tadika sehinggalah pengajian universiti.

Beria-ria Anwar sampaikan sanggup berdusta lagi kepada rakyat Malaysia dengan mengambil contoh 'pendidikan percuma' di Turki. Tapi yang demonstrasi pelajar-pelajar Turki itu apa ke halnya, apakah isunya?

Kita tak payah pergi jauh. Kalaulah ikhlaslah pembangkang hendak hapuskan PTPTN - yakni tanggung percuma pelajar untuk mengikuti pembelajaran di universiti, lupuskan hutang peminjam PTPTN yang khabarnya mencecah RM43 bilion dan bayar pula rebat kepada pelajar yang sudah bayar penuh PTPTN - kenapakah semasa berada dalam kerajaan dahulu, dia sendiri terlibat sama meluluskan PTPTN.

PTPTN diluluskan pada 18 September 1996. Siapa Menteri Kewangan ketika itu? Pastilah ketika itu Anwar nampak penuh signifikan dari mata hatinya mengapa penting dilaksanakan PTPTN ini. PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Asas penubuhannya adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk berumur 17 hingga 23 tahun memasuki pendidikan tertiari menjelang 2020. Pada masa sama, PTPTN akan menyediakan sumber manusia - maksudnya pelajar di universiti waktu ini - yang mencukupi untuk menampung pertumbuhan ekonomi menjelang Malaysia sebagai negara nanti.

Ada pihak melontarkan pandangannya kepada penulis. Mengapa pada 1996 itu begitu beria-ria Anwar menyokong PTPTN dan sekarang pula 2012 begitu juga beria-ria dia mendesak dihapuskan PTPTN untuk pendidikan percuma. Kata pihak berkenaan, bukankah sikap 'sesumpahnya' itu disebabkan Anwar berimpian besar mahu menjadi Perdana Menteri? Biarlah kita sendiri menilainya.

Menuntut ilmu bukan percuma. Mengapakah kira-kira 200,000 pelajar asing sanggup datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu? Mereka sanggup membayar berapa sahaja kerana negara ini diyakini sebagai hab pendidikan utama buat mereka. Dari Timur Tengah, China dan sebutlah negara mana, warganegaranya kini berada di Malaysia untuk menuntut ilmu.

Mencari ilmu menuntut komitmen diri. Kalau semuanya 'free', tidak akan tersemat dalam diri kita untuk menghargai ilmu yang kita kejar. Akhirnya, ia akan mendidik masyarakat untuk tidak bersyukur atas nikmat yang ada. Dalam Islam pun disebut tuntutan kita untuk menimba ilmu.

Apabila bapa Imam Shafie meminta Imam Maliki supaya mengajar anaknya itu, maka berkatalah Imam Maliki bahawa Imam Shafie perlu melepasi penilaian terlebih dahulu sebelum diterimanya. Sebab itulah ulama-ulama dahulu kala sanggup belayar jauh untuk menimba ilmu. Sebab ilmu itu menuntut komitmen yang tinggi. Tak perlulah kita pergi jauh. Di bandar-bandar utama seperti di Shah Alam, ibu bapa akan berusaha mencari pusat tuisyen terbaik untuk anak mereka yang bakal menduduki SPM, PMR dan UPSR. Mereka mahu anak mendapat semua A dalam semua matapelajaran. Dan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang yang banyak. Tak ada yang percuma untuk mendapat hasil terbaik.

Dengan Malaysia kini menjadi hab pendidikan utama untuk warga asing, ia sekali gus mencerminkan pembangunan pendidikan kini jelas merupakan sumber ekonomi baru. Dengan kini 400,000 pelajar sahaja yang mengambil SPM setiap tahun dan tiga empat tahun lagi mencapai 500,000 hingga 600,000 orang, maka tidak mustahil akan berlaku limpahan pelajar yang akan memasuki menara gading. Di situ itu nanti, macam mana kita nak korek duit kalau tidak dibayar untuk pembelajaran?

Pakatan pembangkang hari ini akan berkata ''boleh! boleh! boleh! kita boleh buat dalam melaksanakan pendidikan percuma dari tadika hinggalah peringkat universiti". Tapi tengoklah rekod mereka baru empat tahun memerintah di beberapa negeri. Mana janji nak hapuskan tol Sungai Nyior di Pulau Pinang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Apa dah jadi dengan janji nak lupuskan cukai pintu di Selangor. Mengapa bila sepatutnya dibina satu lagi UiTM di Selangor iaitu di Serendah, berpindah pula tapaknya ke Melaka hanya kerana gara-gara sikap 'kebudak-budakan' Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dek gagal menerajui Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor.

Kerana itu, bagi pelajar universiti kita tak perlulah untuk jadi 'hero' semata-mata berjaya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri. Untuk dilabel 'hero kampus' bukan bermakna anda berupaya memimpin demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN. Menjadi hero kampus sebenar ialah bagaimana anda berjaya memperoleh atau mengumpul Purata Gred Nilai Kumulatif (CGPA) terbaik.

Sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/ penerima biaya PTPTN diluluskan pengecualian bayaran balik pinjaman/ pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Dan kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang ialah pelajar Melayu dengan amaun RM47. 2 juta. Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya. Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan lumayan gajinya.

Penulis percaya kalau disemak rekod pendemonstrasi dari kalangan pelajar Melayu di PWTC tempoh hari atau mereka yang bakal 'berarak' ke Dataran Merdeka minggu ini, pasti sebahagian besarnya tidak mencapai pun 2.5 CGPA mereka. Cuba tanya si Adam Adli berapa CGPA dia?

Kerana itulah juga amat penting bagi sesiapa yang berada di pentas ceramah pembangkang, dapat menilai dari mata hati akan setiap bait-bait ungkapan yang keluar dari mulut si penceramah. Lebih-lebih lagi apabila bercakap pasal agama, mengeluarkan hadis tertentu atau 'tak pangkah dia, tak masuk syurga'.

Balik ke rumah, semak semula tafsiran hadis itu. Kadang-kala kita takut hendak persoalkan apabila si polan bercakap 'bab-bab' agama. Tetapi sepatutnya itulah tuntutan dalam Islam - kita perlu cari kebenaran. Ini bagi mengelak kita terpedaya dengan janji manis seseorang. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Sunday 20 May 2012

Kit Siang, Komunis dan 13 Mei

Patutlah selama ini DAP beria-ia mempertahankan komunis... bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membawa pulang chin peng. Rupa-rupanya.... emmm baru ku tahu








Saturday 19 May 2012

Perjuangan Yang Tidak Ikhlas!

Dahulu ramai wakil-wakil dan menteri-menteri adalah dikalangan guru. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Itulah perjuangan yang Ikhlas

Video Naib Pemuda Kampar yang mengamuk kerana pemohonan pasir yang lambat.

ITU Prosedur! kena faham, 
dan bukan 100% kakitangan pejabat tanah adalah orang BN atau UMNO. Mana-mana sektor kerajaan juga terdiri dari penyokong dan ahli pembangkang seperti DAP dan PAS.

Agaknya lah orang pembangkang kot yang melengah-lengahkan proses beliau!

Bagi saya, UMNO tak perlu ada pemimpin seperti Zamhuri Md Zin ni... sebab perjuangannya selama ini tak ihklas! jelas, kata-kata beliau menunjukkan beliau masuk UMNO kerana inginkan HABUAN!

Berani pula mengaku selama ni dia yang beri rasuah! perrrrhhhggg Lu banyak langsi la.

Zamhuri Md Zin lebih rela menyertai DAP yang jelas agenda mereka untuk menghapuskan status kerajaan Islam dan suka mempertikaikan hak-hak bumiputera! dengan hanya sebab tidak dapat kelulusan pasir!

KEPALA OTAK HANG!!!

KO MASUK UMNO NAK PERJUANGKAN PERUT KO ATAU BANGSA KO ZAMHURI?

BLAH LA Hang dari UMNO, Zamhuri!.... menyemak jer!




Contohilah Pemimpin seperti Y.BHG. Dato' Haji Zainal Abidin Bin Haji Osman.  Dimana sebelum beliau menyertai politik, Beliau telah pun mempunyai perniagaan.
Penyertaan beliau dalam politik adalah semata-mata untuk membantu rakyat di Nibong Tebal tanpa mengira bangsa atau kaum. Dan penyertaannya dalam UMNO adalah untuk membantu orang melayu.
Buktinya walaupun beliau kalah dalam pilihan raya ke-12 pada 2008, tetapi sehingga kini beliau masih terus aktif berjasa dan membantu warga-warga Nibong Tebal khasnya.



Teruskan khidmat jasa terhadap Agama, Bangsa dan Tanah air. Semoga Allah memberkati segala usaha Dato.


Tuesday 15 May 2012

BERSIH 3.0 itu KOTOR



Tonton Vidoe sehinggah habis,,, fikir... sememangnya BERSIH 3.0 itu kotor !

Budaya Pengotor.. mengotorkan Ibu Kota.





Negara Malaysia yang aman, dikotori penyokong BERSIH 3.0





TONTON VIDEO.. adakah tu cara hidup Islam PAS yang diperjuangkan?

Sedangkan  Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t., ”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh”, maksudnya: ”Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu". (Tafsir Ibnu Katsir 3/417).

Sememangnya BERSIH melampaui batas.... 

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." surah al-Maidah: ayat 87

Anak-anak kecil diperalatkan oleh ibubapanya sendiri yg bodoh  untuk memerangkap anggota penguatkuasa





Keganasan, memang telah dirancang awal oleh BERSIH...
TONTON SEMUANYA TELAH TERBONGKAR!!!!!!!!!


Sunday 6 May 2012

Luahan hati seorang ibu



Keluhan seorang hati ibu yang bernama Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun kepada anaknya Azmin Ali. Sedih, hiba bila tonton keluhan ibunya..

Kalau Ibunya sendiri dia tak bertanggungjawab, macam mana nak jaga rakyat bila dia memerintah nanti?
kalau ibunya pun dia zalim, inikan pula rakyat-rakyat dibawah pentadbirannya nanti !

Geram aku bila tonton reaksi Azmin selepas Ibunya meluahkan hati di media... sikit pun tak ada simpati pada ibunya.




Kepala Otak Hang lah,, pilihan raya..! pilihan raya ! mana ko tahu pilihan raya dah dekat?
kenape? esok ke nak pilihan raya?
kenape? mak ko tinggal di Kutub Utara ke yang susah sangat nak jumpa?



P/S: Walaupun aku berlainan fahaman politik dengan hang Azmin, tapi atas dasar saudara Islam, hang balik la Azmin, sebelum terlambat.

Wednesday 2 May 2012

Islam Akan Dijajah Lagi

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


PM pertama Kristian

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?

Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.

PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT

Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.

Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.

Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim.

Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia.

Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber

Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik. Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).

Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan nanti? DAP atau kita sendiri?

Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).

Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam. Jika tidak...........fikir-fikirkanlah..




Melayu kan Gagah Dinusantara

Sumber:
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-dari-orang-melayu.html
http://tenteramaya.blogspot.com/2012/05/artikel-waji-baca-tolong-rahsiakan.html